Permainan Yang Budak 90an Sahaja Yang Tahu!

Sembang

Aku rasa dalam rumah korang sekarang mesti ada sekurang-kurangnya sebiji Beyblade betul tak? Tak kiralah Beyblade itu adik korang ke beli atau korang sendiri yang terpengaruh terbeli Beyblade sebab tengok sekarang Beyblade punya hype dah naik balik!

via GIPHY

Bila tengok budak-budak sekarang mula start main Beyblade balik, aku teringat beberapa permainan yang pernah hype gila-gila zaman aku kecil-kecil dulu. Mungkin permainan ini akan hype balik satu hari nanti manalah kita tahukan jadi aku nak share dengan korang beberapa permainan yang budak-budak 90an mesti kenal.

DIGIVICE

Aku rasa setiap budak yang hidup zaman 90an mesti mesti pernah tengok tak pun mesti ada sebiji Digivice dekat rumah. Digivice ataupun Digital Monster ini merupakan satu permainan digital pet yang dikeluarkan pada tahun 1997 dan dihasilkan oleh Bandai.

Digivice ini nampak lebih sesuai untuk kanak-kanak lelaki berbanding dengan satu lagi permainan digital pet iaitu Tamagotchi yang mana lebih popular dengan kanak-kanak perempuan. Digital Monster yang pertama yang dikeluarkan pada tahun 1997 telah berjaya dijual sebanyak 14 juta unit diseluruh dunia!

TAMIYA

Bila bercerita tentang Tamiya, automatik budak 90an akan terpikir tentang anime Dash! Yonkuro. Anime Dash! Yonkuro telah dihasilkan oleh Zaurus Tokuda dan telah diterbitkan dari tahun 1987 sehingga 1992. Selepas anime ini mula popular, Tamiya Mini 4WD telah mengeluarkan permainan kereta lumba berdasarkan anime ini.

Masa Tamiya Dash! Yonkuro meletup dulu, semua orang mesti beli satu Tamiya untuk berlumba. Yang mana ada mak bapa yang kaya mesti akan beli race track dia lepas itu pasang dekat depan rumah ajak jiran-jiran lain join berlumba. Idaman budak-budak dulu semua nak jadi power macam Yonkuro dengan kereta dia, Emperor!

YO-YO

Satu lagi permainan yang bermula daripada anime kemudiannya di jadikan satu permainan yang digilai oleh kanak-kanak 90an. Tapi aku rasa Yo-Yo ini dah lama popular tapi bila anime dia keluar lepas itu pulak dekat 7-Eleven penuh permainan Super Yo-Yo jadi hype dia mula naik balik.

Masa ini korang akan nampak dekat mana-mana shopping mall mesti ada pertandingan Yo-Yo untuk dorang menunjukan bakat-bakat dorang melakukan pelbagai skill dengan Yo-Yo. Aku ada beberapa skill juga yang aku tahu contohnya Around The world dan Walk The Dog hahaha!

KATALAKI: Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang Beyblade, try check out article yang Ijal tulis dekat SINI.

Last modified: 30 June 2019