Perompak Kena Tibai Dengan Chinggey UFC

Sembang

Sabtu lepas, fighter wanita UFC, Polyana Viana hampir dirompak oleh seorang penjenayah yang try untuk curi smartphone Polyana Viana masa tengah tunggu Uber di depan rumahnya, Rio de Jenario, Brazil. Bukan je malang tak berbau untuk perompak tu, tapi siap berdarah bhai kena lauk!

Perompak tu datang duduk kat sebelah Polyana Viana dan cuba untuk ambil smartphone sambil menunjukkan pistol yang disimpan dalam baju. Dalam masa yang sama, Polyana Viana terus bangun dan hadiahkan dua penumbuk dan satu sepakan untuk menjatuhkan perompak tu selepas perasan pistol yang disimpan dalam baju terlalu lembut. Dah jatuh siap kena rear-naked choke. Padu beb. Ni lah pistol tu.

Presiden UFC, Dana White, pun kongsikan juga kat Instagram pasal kejadian ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dana White (@danawhite) on

Polyana Viana sekarang ni berumur 28 tahun, berasal dari Brazil dan masih lagi aktif dalam UFC untuk Women’s Strawweight Division dengan rekod 10 kemenangan dan 2 kekalahan. Jom kita tengok macam mana rupa penumbuk Polyana Viana ni.

KATALAKI: Apa barang choke me daddy. Yang ni choke me mummy!

Last modified: 7 January 2019