Pertama Di Dunia – Smartphone 4 Kamera Dengan 64 Megapixel!

Gadget, Tech

Teknologi smartphone pada zaman sekarang memang susah kita nak catch up. Lagi-lagi sekarang ini banyak smartphone yang berlumba-berlumba untuk pastikan smartphone keluaran dorang lebih bagus daripada jenama lain.

Baru-baru ini Realme telah mencipta sejarah apabila telah memperkenalkan smartphone pertama dengan camera sebesar 64 Megapixel! Setakat ini camera paling besar yang ada dekat smartphone setahu aku adalah 48 Megapixel tapi Realme terus lompat pergi 64 Megapixel.

Satu lagi feature yang menarik adalah bukan sahaja ia akan mempunyai camera sebesar 64 Megapixel, ia juga akan menggunakan Rear Quad Camera Setup yang mana bermakna ia akan mempunyai empat camera belakang. Selain camera 64 Megapixel, ia juga akan dilengkapi dengan camera sebesar 8 Megapixel Ultra Wide, 2 Megapixel Depth Sensor dan 2 Megapixel Macro Sensor.

Bagi kamera hadapan pula, ia akan dilengkapi dengan camera sebesar 16 Megapixel yang mana akan terletak di notch yang mempunyai design jenis dewdrop. Screen yang digunakan untuk smartphone Realme XT ini juga agak besar iaitu 64 inci Super AMOLED.

Menurut GSMArena, smartphone Realme XT ini akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 712 untuk processor dan Adreno 616 untuk GPU. Terdapat dua versi untuk smartphone ini iaitu versi 6GB RAM dengan 64GB Storage dan satu lagi adalah versi 8GB RAM dengan 128GB Storage. Storage untuk smartphone masih boleh di upgrade dengan menggunakan microSD sehingga 256GB.

Bagi Operating System pula, smartphone Realme XT ini menggunakan ColorOS 6 yang berdasarkan Android 9. Bagi bahagian battery pula, smartphone Realme XT ini dikatakan akan menggunakan battery sebesar 4,000mAh dan akan mempunyai feature fast charging 20W dengan VOOC 3.0 Flash Charge.

Buat masa ini, info yang kita tahu adalah smartphone ini akan mula dikeluarkan di pasaran India pada September 2019 bulan depan namun masih tiada info berkenaan harga yang akan ditawarkan untuk smartphone ini. Kita juga masih tidak tahu sama ada smartphone ini akan dikeluarkan di pasaran Malaysia ataupun tidak.

KATALAKI: Macam mana agaknya quality camera dia nanti ek?

Last modified: 29 August 2019