Pertama Kali Nak Beli Gitar? Ini Yang Korang Kena Tahu

Sembang

Mungkin ada antara korang yang dah lama teringin nak beli sebuah gitar sama ada yang memang dah pandai main gitar ataupun yang baru nak belajar dan berjinak dengan dunia gitar. Untuk memastikan korang faham dulu apa yang korang kena tahu sebelum beli gitar pertama dalam hidup korang, kami cari dan kejar seorang pemain gitar profesional yang dikenali sebagai Pown Hasril untuk dapatkan jawapan yang tepat mengenai gitar.

Image Via : thelaki.com.my

Pown Hasril bukan lagi nama asing dalam dunia muzik tanah air sebenarnya. Tapi kalau korang baru nak kenal, Pown Hasril merupakan tulang belakang kepada sebuah produksi muzik yang dikenali sebagai Tukang Musik, sebelum ni pernah menghasilkan lagu bersama Kadok yang dinyanyikan oleh Ara Johari bertajuk “Paku”.

 

View this post on Instagram

 

Shasha K, Ara Johari, Kadok, Tukang Musik… #Paku #PakuAj

A post shared by Sang Penukang Bunyi (@tukangmusik) on

Perjalanan Pown Hasril dalam dunia gitar bermula sejak berumur 12 tahun di sebuah kedai burger, kemudian dengan minat yang semakin membuak-buak, Pown Hasril meneruskan proses pembelajaran gitar di Yamaha Music School sehingga layak untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar dan seterusnya menyambung pengajian di ASWARA. Kini, Pown Hasril pernah mengiringi persembahan penyanyi-penyanyi ternama Malaysia antaranya termasuk lah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

 

View this post on Instagram

 

@ctdk Cinta Luar Biasa. . #CintaLuarBiasa

A post shared by P O W N H A S R I L (@pownhasril) on

Kami ada tanya Pown Hasril sama ada betul atau tidak, dah terlambat untuk seseorang belajar main gitar kalau umur dah mencecah 30 tahun, 40 tahun atau pun 50 tahun. Menurut Pown Hasril, takde had umur untuk seseorang belajar main gitar. Kalau korang rasa korang dah terlambat ataupun jari dah keras untuk mula main gitar, anggapan korang tu memang salah. Tapi apa yang penting, untuk mahir bermain gitar, kena ada minat dan belajar main gitar sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk permulaan. 8 jam tu bukannya secara berterusan. Contohnya 2 jam waktu pagi, 2 jam waktu petang dan seterusnya. Untuk mula belajar main gitar, sebaiknya gunakan gitar akustik.

Image Via : thelaki.com.my

Menceritakan zaman dulu masa Pown Hasril mula-mula belajar main gitar, dah tentu sekali zaman sekarang ni lebih mudah untuk belajar. Dulu kena merayu kat kawan yang dah mahir main gitar untuk ajar atau kena beli buku kord gitar kat kedai. Kord gitar dalam buku tu pun belum tentu lagi betul kordnya. Tapi sekarang ni, dengan bantuan teknologi dan internet, boleh belajar main gitar guna YouTube je.

Image Via : thelaki.com.my

Kalau korang baru pertama kali nak beli gitar, Pown Hasril nasihatkan untuk bawa orang yang tahu serba sedikit mengenai gitar ke kedai gitar yang korang nak pergi tu. Kalau dah teruk sangat sampai takde orang yang tahu pasal gitar nak ikut korang pergi kedai gitar, boleh gak korang tanya atau minta pendapat pasal gitar yang nak dibeli kat orang yang bekerja di kedai gitar tersebut. Orang yang bekerja kat kedai gitar tu mesti akan tolong korang. Cuma, korang kena la rajin bertanya. Sebab tu wujudnya pepatah, malu bertanya sesat jalan.

Image Via : thelaki.com.my

Pown Hasril ada bagi tahu gak, nak beli gitar kena ikut bajet. Kalau nak bunyi gitar yang sedap, kena beli gitar yang berjenama. Kalau ada bajet yang lebih lagi, korang boleh je beli gitar yang lebih mahal. Tapi kalau korang beli gitar yang tak berjenama, mungkin korang akan sedikit kecewa dengan bunyi yang dihasilkan. Menurut Pown Hasril, bunyi ni memang penting untuk korang yang nak main alat muzik. Bila telinga dah dibiasakan dengan bunyi sedap, lama-kelamaan korang main gitar pun bunyi sedap je sebab korang akan lebih peka dengan bunyi yang betul dan sepatutnya untuk setiap kord.

Image Via : thelaki.com.my

Mungkin ada antara kita yang masih menganggap bermain gitar ni ibarat hobi je. Tapi menurut Pown Hasril, tak salah kalau ada yang memasang impian untuk bermain gitar atau apa-apa alat muzik secara profesional dan menjadikan kerjaya. Tapi setiap kerjaya mesti ada cabaran dan saingan. Pesanan Pown Hasril, untuk bermain alat muzik sebagai kerjaya, individu tersebut kena berusaha bermati-matian, bijak untuk cari peluang, jaga hubungan baik dengan semua orang dan yang paling penting, cuba untuk senangkan kerja orang lain bila kerja bersama.

KATALAKI: Masa nak beli gitar tu nanti, kena try gak gitar tu dulu baru beli. Bunyi ngam ke tak atau keadaan gitar tu sesuai ke tak dengan korang. Sebab tu penting bawa orang yang tahu pasal gitar masa nak pergi beli.

Last modified: 17 October 2019