Perubahan Pemain Bola Dulu VS Bila Dah Kaya

Aktif, Bola

Sukan bola sepak antara sukan yang boleh dimain tak kira la kita kaya ke tak kaya ke, semua orang boleh main bola sepak. Ada antara kita yang pertama kali main bola sepak guna tin minuman, botol, gumpalan surat khabar dan macam-macam lagi benda yang boleh disepak sebelum ada duit untuk beli sebiji bola sepak yang betul. Dah 2019 ni rasanya dah takde kot budak-budak yang guna tin minuman.

Bila seseorang pemain bola sepak tu dah berjaya menjadi pemain profesional, tak kira la pemain bola sepak dunia atau pemain bola sepak kat Malaysia, penampilan diri merupakan aset penting juga selain daripada kaki. Bukan sebab nak acah handsome kat atas padang. Tapi untuk menambahkan lagi ni nilai komersial dekat seseorang pemain tu. Bila pandai jaga penampilan diri, peminat pun makin bertambah, penaja-penaja besar pun mula nampak kelebihan pemain bola sepak tu daripada segi komersial.

Salah seorang pemain yang tak handsome pun tapi satu dunia kenal, Ronaldinho, pandai juga jaga penampilan diri selain daripada kehebatannya kat dalam padang. Dah tak main bola pun, ada je lagi penaja yang cari Ronaldinho. Ada ke yang rasa Ronaldinho tu kacak? Harap-harap Ronaldinho tak baca ni.

So, kali ni kita nak tengok pemain bola sepak yang dulunya sebelum ada duit banyak, muka lain, bila dah kayo, pergi pasar pun naik Lambo. Ayuh!

Gabriel Jesus

Gambar kat bawah ni memang bersepah korang jumpa. Gabriel Jesus sendiri ada share kat Instagram dia. Tahun 2014, Gabriel Jesus kerja sebagai pengecat jalan kat Brazil. Masa ni Gabriel Jesus berumur 17 tahun, tengah busy cantikkan bandar Brazil untuk FIFA World Cup 2014, Brazil sebagai tuan rumah.

Tahun 2017, Gabriel Jesus dibeli oleh salah satu pasukan terkaya kat England, Manchester City dengan gaji yang dianggarkan bernilai 75,000 Pound Sterling. Kalau tukar jadi Ringgit Malaysia, lebih kurang RM 400k seminggu! Tolong kirakan kalau sebulan berapa.

Cristiano Ronaldo

CR7 ni kaya macam mana sekarang jangan tanya. CR7 sekarang ni siap ada rantaian hotel sendiri kat Madeira, Lisbon, Madrid dan New York yang diberi nama Pestana CR7. Lepas CR7 berpindah pasukan dari Sporting CP ke Manchester United memang ketara nampak perubahan penampilan CR7.

Neymar

Kawan baik kepada Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho, perubahan penampilan Neymar pun memang nampak ketara. Sekarang hero gadis-gadis. Neymar mulakan karier pemain bola sepak profesional masa umur 17 tahun bersama Santos FC kat Brazil. Lepas tu berpindah ke Barcelona dan sekarang bermain untuk PSG. Bukan calang-calang pasukan yang Neymar pilih.

Harry Kane

Peledak gol utama untuk pasukan kebangsaan England, Harry Kane, sekarang memang macam hero filem hollywood. Masa remaja lain betul muka Harry Kane. Hari tu ada tersebar gambar Harry Kane masa muda bergambar dengan David Beckham.

KATALAKI: Memang betul la tu lelaki ni makin bertambah umur, makin macho. Ke hancur?

Last modified: 10 May 2019