PES 2020 Kini Gunakan Nama Baru

Game, Tech

Selain daripada permainan video FIFA, Pro Evolution Soccer atau PES juga merupakan game yang popular dikalangan peminat bola sepak yang kaki game. Sejak dari dulu lagi, FIFA dan PES je permainan video berunsurkan bola sepak yang sentiasa berbalah. Ada yang geng FIFA dan ada gak yang geng PES. Gaduh la korang.

Selepas FIFA 20 dah ditayangkan kepada umum secara rasminya, kali ni giliran PES lak nak tunjuk apa benda terbaru yang ada dalam PES 2020. Kalau yang nak tahu apa istimewanya FIFA 20, korang boleh baca jap kat sini.

Image Via : Twitter

Kali pertama PES mula jadi pencabar FIFA dalam kancah permainan video bermula pada tahun 1996 menggunakan tajuk Goal Storm atau World Soccer Winning Eleven untuk pasaran Asia. Sejak dari tu, FIFA dan PES memang tak pernah berhenti berlawan untuk tunjukkan game yang mana satu lagi best.

Image Via : Twitter

Untuk game terbaru PES kali ni, PES menggunakan nama baru iaitu eFootball PES 2020. Takde la tukar nama secara drastik sangat. Cuma tambah eFootball tu je. Tak pasti apa tujuan eFootball tu ditambah. Rasanya semua orang tetap panggil PES je.

Lionel Messi secara rasminya dipilih menjadi cover star eFootball PES 2020 untuk Standard Edition dan Ronaldinho untuk Legend Edition. PES 2019 tahun lepas, Phillipe Coutinho yang dipilih sebagai cover star dan Luis Suarez untuk PES 2018. Kenapa asyik pemain Barcelona je yang selalu jadi cover star PES? Mungkin disebabkan Barcelona merupakan global partner untuk permainan video PES sejak tahun 2017.

Kalau korang tengok dalam trailer eFootball PES 2020, ada gak kemunculan legenda-legenda bola sepak kat dalam eFootball PES 2020 kali ni. Legenda yang ada antaranya Johan Cruyff, Diego Maradona dan Ronaldinho.

Bila Boleh Main eFootball PES 2020?

Lagi awal daripada FIFA 20, korang dah boleh beli dan main eFootball PES 2020 pada 10 September 2019. Kalau korang nak tengok apa lagi kelebihan dan macam mana rupa grafik eFootball PES 2020, nah tengok trailer kat bawah ni okehh.

KATALAKI: Rasanya masa zaman PS2, PES atau Winning Eleven lebih menjadi pilihan ramai. Tapi sejak zaman PS3, semakin ramai yang pilih untuk main FIFA. Setuju?

Last modified: 13 June 2019