Phone 4 Kamera Huawei Y9 + GIVEAWAY

Gadget Bro, Watch

Huawei sekarang boleh dikatakan pesaing palIng terdekat dengan iPhone.Dekat China pun sekarang dorang lagi prefer pakai Huawei berbanding pakai iPhone. So hari ni aku nak review satu smartphone daripada Huawei yang nak kata baru takdalah baru sangat pun iaitu Huawei Y9 2019 Edition!

Body untuk Huawei Y9 ini diperbuat daripada plastic. Walaupun nampak macam reflect cahaya tapi sebenarnya dia plastic depan belakang bukannya kaca. Screen dia adalah sebesar 6.5 inci dengan resolusi 1080 FullHD+. Kalau nak dibandingkan dengan Honor 8X, nampak macam sama saja tapi perbezaan terletak dekat build body dia. Berbeza dengan Huawei Y9 ini, Honor 8X punya body diperbuat daripada kaca dengan perlindungan corning gorilla glass 3 dan mempunyai metal frame.

Dekat belah kanan phone ni terdapat volume rocker dan power button. Pada belah kiri pulak terdapat simcard dan memory card tray. Dibahagian bawah terdapat slot 3.5mm audio jack, micro usb charging slot. microphone dan jugak speaker. Dibahagian depan pula Huawei Y9 ini tetap ada notch dan sama seperti Honor 8X, korang boleh disable ataupun hide notch dia ini kalau korang tak suka.

Spec untuk Huawei Y9 ini pun lebih kurang sama saja dengan Honor 8X iaitu dia menggunakan chipset kirin 710, operating sytem pula menggunakan Android Oreo 8.1 dan EMUI 8.2 untuk dia punya interface. Untuk RAM dan memory, dia berbeza dengan Honor 8X. Untuk Huawei Y9 ini, dia didatangkan dengan 4GB RAM dan 64GB memory. Manakala untuk Honor 8X pula, dia didatangkan dengan 4GB RAM tapi dengan 128GB memory. So memory Honor 8X ini lagi besar daripada Huawei Y9.

Untuk bahagian kamera pulak, Huawei Y9 sama macam Honor 8X didatangkan dengan dual rear camera. Beza dia adalah kamera belakang untuk Huawei Y9 adalah 16MP + 2MP manakala Honor 8X adalah 20MP + 2MP. So main rear kamera Honor 8X lebih besar berbanding Huawei Y9.  Untuk kamera hadapan pulak, Huawei Y9 mempunyai dual camera juga iaitu kamera sebesar 13mp + 2mp manakala Honor 8X cuma mempunyai satu kamera hadapan sahaja iaitu sebesar 16mp.

Apa yang perlu korang tahu adalah, Honor 8X dikeluarkan pada September 2018 manakala Huawei Y9 dikeluarkan sebulan selepas Honor 8X iaitu October 2018. Dari segi harga pulak, Huawei Y9 cuma kurang RM50 sahaja daripada Honor 8X.

Walaupun Huawei Y9 lebih murah, aku lebih prefer Honor 8X disebabkan body kaca dan metal frame dia. Plus camera belakang dia lebih besar dari pada Huawei Y9. Untuk benda-benda macam ini, aku rasa tak rugi aku bayar extra RM50 untuk Honor 8X.

Macam biasa tak GadgetBro lah kalau takda giveaway. Kalau korang nak menang Huawei Y9 ini, Korang klik saja dekat SINI. Giveaway ini kitaorang akan open sampai 4 March 2019!

KATALAKI: Cepat join bro karang melepas!

Last modified: 21 February 2019