Phone Hole Punch Paling Bergaya (setakat ni la)

Gadget, Tech

Bulan ini terdapat dua smartphone dengan Hole Punch display yang telah memasuki pasaran Malaysia. Yang pertama adalah Huawei Nova 4 dan yang terbaru adalah HONOR View20. Smartphone terbaru dari HONOR ini telah diperkenalkan semasa majlis pelancaranya yang berlangsung di Paris pada minggu lepas.

Huawei umumkan tentang Nova 4 so bila HONOR pun bagitahu yang dorang akan keluarkan smartphone dengan hole punch display aku mengharapkan yang harga dia akan lebih murah dari Huawei Nova 4 tapi kecewa sikit sebab harga dia tak jauh beza pun.

CREDIT: GSMARENA

So apa kelebihan yang ada dengan HONOR View20 ini? Hari ini aku akan share dengan korang beberapa ciri penting yang bagi aku agak berbaloi kalau korang berminat nak beli HONOR View20 ini.

MEGAPIXEL TERBESAR

HONOR View20 menampilkan kamera belakang terbesar iaitu 48 Megapixel bro! Xiaomi dikatakan sebelum ini akan mengeluarkan smartphone yang mempunyai 48 Megapixel juga namun HONOR nampaknya terlebih dahulu mengeluarkannya.

CREDIT: GSMARENA

Dengan kamera utama yang besar dan dilengkapi dengan sensor SONY IMX 586 membuatkan gambar yang korang capture lebih detail dan warna yang dihasilkan nampak lebih natural tidak kira korang capture gambar tersebut dari jauh mahupun dari tempat yang tinggi.

Kamera belakang ini juga didatangkan dengan 4-in-1 Superpixel dan Artificial Image Stabilization (AIS) yang membolehkan korang capture gambar pada waktu malam dengan lebih mudah dan juga lebih jelas.

CREDIT: GSMARENA

Kamera belakang HONOR View20 ini juga boleh digunakan sebagai Motion Controlled yang mana korang boleh gunakan pada permainan video yang berbentuk motion sensor. Alah lebih kurang macam Kinect lah cerita dia dan bagi aku feature ini menarik gila!

BODY DAN SPEC YANG PREMIUM

Screen display bagi HONOR View20 ini adalah sebesar 6.4inci dan disebabkan smartphone ini tiada notch, ianya memberikan display yang lebih besar dan sama besar dengan Huawei Nova 4. Dengan Hole Punch display yang kecil iaitu cuma sebesar 4.50mm, besar sedikit dari Nova 4 keluaran Huawei.

CREDIT: GSMARENA

Hole Punch display ini menempatkan kamera hadapan yang terbina dari dalam screen dan mempunyai kamera hadapan sebesar 25 Megapixel. Binaan pada belakang smartphone HONOR View20 ini juga nampak menarik dengan Aurora Nanotexture dan melihatkan pantulan seperti arrow kebawah.

HONOR View20 ini dilengkapi dengan chipset 7nm Mobile AI Chipset, Chipset pertama seumpamanya yang diletakan pada smartphone. Chipset ini mampu memberikan 75% lebih performance dan 58% lebih kuasa pada bahagian CPU.

CREDIT: GSMARENA

Terdapat dua versi yang korang boleh dapatkan iaitu versi 6GB ROM + 128GB Memory dan 8GB ROM + 256GB Memory. Battery untuk HONOR View20 ini juga agak besar iaitu sebesar 4000mAh dan dilengkapi dengan HONOR Supercharge. Ianya mampu charge dari 0% ke 50% dalam masa 30 minute sahaja.

Daripada segi penggunaan, untuk Music Playback ianya mampu bertahan sehingga 130 jam, 15 jam untuk Video Playback dan 25 jam untuk 3G calls. So tiadalah masalah habis battery, nak kena bawa powerbank sampailah.

SESUAI UNTUK GAMER!

Walaupun Honor View20 ini nampak seperti sebuah smartphone premium dan elegan, ianya tetap dilengkapi spec yang bagus untuk kaki-kaki mobile games. Terdapat NINE Liquid Cooling System yang berbentuk seperti huruf S yang dijamin mampu menyejukkan smartphone ini walaupun korang bermain dengan high setting dan dalam masa yang lama.

Masalah seperti wifi terputus semasa bermain video juga dapat dielakkan dengan binaan TripleAntenna WIFI yang terdapat pada HONOR View20 ini. Dengan feature ini, Korang boleh pegang smartphone korang tanpa mengganggu signal daripada modem ke HONOR View20.

CREDIT: KNOWYOURMOBILE

Binaan GPU Turbo 2.0 pada processor Kirin 980 dapat memberikan korang permainan yang lancar tanpa sebarang lagging bila korang bila permainan mobile games dengan high setting. So kaki mobile games seperti PUBG Mobile bolehlah try usha HONOR View20 ini.

Apa pendapat korang dengan HONOR View20 ini? Adakah ianya lebih berbaloi dari Huawei Nova 4? Kalau diberikan pilihan korang akan pilih Huawei Nova 4 ataupun HONOR View20? Cuba share pendapat korang dekat bahagian komen.

KATALAKI: Masih menunggu smartphone dengan Hole Punch display bawah harga RM1000 huhu

Last modified: 29 January 2019