Phone Paling Basic, Harga Paling Mahal

Sembang

Jenama terkenal dunia, Supreme baru je mengumumkan barangan koleksi terbaru dorang untuk musim Fall/Winter 2019 yang akan mula dijual pada 22 Ogos 2019 di kedai Supreme yang terletak di New York, Los Angeles, London dan Paris. Kedai Supreme di Jepun pada 24 Ogos 2019 dan secara atas talian pada 31 Ogos 2019.

Image Via : supremenewyork.com

Ini antara barang eksklusif yang dijual oleh Supreme nanti. Ada tak yang korang berkenan?

Supreme/Honda CRF 250R

Image Via : supremenewyork.com

Gold & Silver Platted Dumbbell

Image Via : supremenewyork.com

Supreme/Timex Digital Watch

Image Via : supremenewyork.com

Supreme/Pyrex 2-Cup Measuring Cup

Image Via : supremenewyork.com

Supreme/Tsubota Pearl Hard Edge Lighter

Image Via : supremenewyork.com

Ada banyak lagi sebenarnya barang baru yang akan dijual secara eksklusif oleh Supreme nanti. Tapi ada satu ni berjaya menarik perhatian orang ramai dan paling ditunggu-tunggu. Handphone pertama yang dikeluarkan oleh Supreme, kolaborasi bersama BLU, sebuah syarikat yang menghasilkan handphone kos rendah di Amerika Syarikat.

Image Via : supremenewyork.com

Supreme/BLU Burner Phone ni dilengkapi dengan kemudahan internet 3G, kamera built-in, dual SIM card dan 16gb kad memori. Kalau tengok dari bentuk luaran Supreme/BLU Burner Phone ni, sama macam handphone yang pernah dikeluarkan oleh BLU sebelum ni iaitu BLU Zoey 2.4 yang berharga tak lebih RM 300.

Image Via : prestomall.com

Rasanya memang mustahil harga untuk Supreme/BLU Burner Phone serendah RM300. Buat masa ni, takde lagi pengumuman harga untuk semua barangan eksklusif terbaru yang akan dijual oleh Supreme termasuk lah Supreme/BLU Burner Phone. Kita tunggu je la harga reseller jual nanti berapa ribu.

KATALAKI: Berapa panjang lak yang beratur untuk beli barang Supreme kat New York, Los Angeles, London, Paris dan Jepun nanti.

Last modified: 20 August 2019