Piala Champions League Liverpool Dah Sampai Malaysia?!

Aktif, Bola

Baru layak semi final, Liverpool dah bawa piala UEFA Champions League keliling dunia? Korang jangan terkejut sangat. Piala UEFA Champions League ni ialah piala replika untuk menunjukkan yang Liverpool sebelum ni pernah menang piala teragung di benua Eropah ni sebanyak 5 kali. Mungkinkah tahun ni akan ada kali ke-6 untuk Liverpool?

Image Via : Thelaki

Bukan piala Champions League je yang ada, korang boleh datang kat LFC World Hub, One Utama dari 19 April sampai 21 April 2019 untuk rasa sendiri macam mana suasana darah merah macam kat Anfield.

Image Via : Thelaki

Korang yang memang hidup mati dengan Liverpool memang patut datang LFC World Hub ni sebab ada gak disediakan dressing room yang memang sama macam kat Anfield. Jersi Liverpool yang ada kat dressing room ni pun jersi terbaru Liverpool yang akan digunakan untuk musim 2019/2020 nanti. Kalau tak percaya gak boleh usha gambar kat bawah ni ha.

Image Via : Thelaki

Disebabkan perjalanan Liverpool untuk Premier League semakin sengit dengan Manchester City, pada hari Ahad, 21 April nanti, ada viewing party perlawanan antara Liverpool dan Cardiff City bermula 10 malam. Legenda Liverpool pun akan ada gak nanti antaranya Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman. Cara untuk dapatkan tiket percuma viewing party ni korang boleh kat sini okeh.

Image Via : Thelaki

Untuk info, ni baki perlawanan Liverpool dan Manchester City dalam Premier League untuk penentuan team mana yang akan berjaya julang piala Premier League di penghujung musim nanti.

Image Via : premierleague.com

Kami sendiri pun sempat gak singgah LFC World Hub hari tu. Korang boleh layan video dan gambar kami masa kat LFC World Hub di posting Instagram @thelakione bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

KATALAKI: Kali terakhir Liverpool menang Premier League pada tahun 1990. 29 tahun yang lepas. Huhuhu.

Last modified: 19 April 2019