Piala Yang Solskjær Pernah Menang Sebagai Pemain Man Utd

Aktif, Bola

28 Mac 2019, ramai peminat Manchester United yang bersorak dan seronok selepas Ole Gunnar Solskjær disahkan sebagai pengurus Man Utd yang baru selama 3 tahun. Boleh ke Solskjær jadikan Man Utd macam era Sir Alex Ferguson yang dulu?

 

View this post on Instagram

 

The boss 🤩 #OlesAtTheWheel #MUFC

A post shared by Manchester United (@manchesterunited) on

Solskjær pernah beraksi dengan Man Utd selama 11 tahun dan macam-macam piala Solskjær dah pernah menang dengan Man Utd sebagai pemain sebelum ni. Tapi korang rasa Solskjær mampu tak menang banyak piala bersama Man Utd sebagai pengurus pula kali ni? Piala mana satu yang menjadi keutamaan untuk Man Utd dibawah bimbingan Solskjær? Jom kita tengok piala-piala yang Solskjær dah pernah menang sebelum ni dengan Man Utd.

Premier League

Man Utd beli Solskjær daripada Molde FK pada 29 Julai 1996 sebagai pemain backup untuk Eric Cantona dan Andy Cole yang merupakan penyerang utama Man Utd masa tu. Sejak hari pertama Solskjær kat Man Utd, Solskjær menggunakan jersi nombor 20 sampai la Solskjær bersara daripada main bola sepak.

Image Via : skysports.com

Kali pertama Solskjær berjaya julang piala Premier League ialah pada tahun 1997, musim pertama Solskjær beraksi dengan Man Utd.

Image Via : premierleague.com

11 tahun Solskjær bersama dengan Man Utd, 6 piala Premier League berjaya dimenangi pada tahun 1997, 1999, 2000, 2001, 2003, dan 2007.

FA Cup

Kali pertama Solskjær merasa untuk menang FA Cup ialah pada tahun 1999, tahun yang sama Man Utd menang treble, 3 piala dalam satu musim, antaranya FA Cup, juara Premier League, dan juara UEFA Champions League.

Image Via : The Telegraph

Pada tahun 2004, Solskjær sekali lagi berjaya menang FA Cup.

UEFA Champions League

Image Via : the42.ie

Solskjær menjadi wira Man Utd dalam perlawanan final UEFA Champions League 1998/1999 menentang Bayern Munich selepas berjaya jadi super sub menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 perlawanan.

Image Via : reddit.com

Pemain Man Utd lain yang meraikan kemenangan Man Utd dalam saingan UEFA Champions League masa tu ialah David Beckham, Peter Schmeichel, Gary Neville, Ryan Giggs, Jaap Stam dan Teddy Sheringham.

KATALAKI: Jangan nanti bila Man Utd kalah, korang sibuk mintak #SolskjærOut lak.

Last modified: 29 March 2019