Pizza Hut Hantar “Surat Cinta” Kepada Dominos Dan…

Sembang

Bulan Februari ni memang tak sah la kalau topik kita tak lari daripada topik cinta. Memang time bulan 2 ni je ramai la yang nak sambut hari kekasih, ada yang sambut pada hari tertentu (if you know what I mean) atau ada yang gunakan bulan ni dengan sepenuhnya untuk meraikan tema cinta dan kasih sayang buat kekasih mereka.

Mengambil konsep yang sama untuk meraikan bulan yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang ini, Pizza Hut Malaysia membuat kejutan istimewa yang boleh dikatakan sweet dan romantis buat jenama-jenama makanan segera atau fast food dan restoran saingan mereka.

Gimik bulan cinta yang dilakukan Pizza Hut Malaysia adalah dengan mengambil langkah kreatif dengan penghantaran piza khas yang berbentuk hati.

Dengan tanpa perasaan segan silu untuk menyemaikan semangat kasih sayang dan memberikan impak persaingan yang sihat antara jenama-jenama restoran makanan segera. Pizza Hut telah mengambil langkah yang kreatif dengan menghantar ‘piza heart’ kepada francais restoran fast food yang ada di Malaysia, antaranya seperti ‘Endabyu’ (A&W), ‘Teksas’ (Texas Chicken), ‘Mekdi’ (McDonald’s), ‘Kepci’ (KFC), dan rival atau pesaing utama Pizza Hut, ‘Domeeno’ (Domino’s).

Bersama kiriman piza berbentuk hati tersebut, terselit juga nota “cinta” yang ringkas ditinggalkan bersama sekeping piza yang enak. Memang boleh dikatakan pendekatan yang “berani mati” lah apa yang Pizza Hut buat ni. Sempoi je hantar piza dekat competitor diorang HAHAHA.

Image via: Thelaki.com.my

Pizza Hut secara bergurau menulis, “Dear Domeeno, my lovely neighbour. Greeting from us at Pizza Heart. Specially made with love and no hard fillings!” (Kehadapan jiranku Domeeno, salam daripada kami di Pizza Heart. Terimalah sekeping hati kami yang diperbuat dengan kasih sayang tanpa ‘hard filling’!).

Untuk KFC pula, Pizza Hut usik KFC tentang menu gabungan ayam-piza mereka bersama nota yang tertulis, “Dear Kepci, i know you love pizza. But ‘Chizza’ is not Pizza. Here is a Piz’ za Heart with love from us. We belanje.” (Wahai Kepci, I tau you suka piza, tapi ‘Chizza’ tu bukan piza. Terimalah sekeping hati Pizza Heart ini. Kita belanje.)

Nota yang dikirimkan kepada McD pula, Pizza Hut menulis nota yang berbunyi, “Dear Mekdi, your burgers are cool. But don’t be a chiken ah. Give this new Piz’za Heart a try. We heard Everyone’s Lovin’ It.” (Kehadapan Mekdi, burger you cool, tapi janganlah jadi ‘ayam’, jom cuba Pizza Heart ini. Dengar cerita Everyone’s Lovin’ It.).

Selain kiriman special delivery yang di hantar kepada pesaing mereka, Pizza Hut turut mengambil kesempatan dengan membuat kejutan yang sama menghantar “Pizza Heart” kepada para pelanggan setianya. “Kami mengambil pendekatan segar di dalam mempromosi Pizza Heart sebagai bingkisan istimewa dalam mengeskpresi rasa cinta dan kasih sayang. Kami menghormati rakan-rakan industri dan para pesaing serta amat menghargai pelanggan-pelanggan setia kami.” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

Image via: Thelaki.com.my

KATALAKI: Alaaa sweet je kirim piza kat ‘kawan-kawan’

Last modified: 14 February 2020