Platform Livestream Mana Satu Terbaik Untuk Gamers?

Tech

Zaman sekarang streaming sambil bermain video games bukan sahaja hobi but ramai yang dah menjadikannya sebagai kerjaya.
Di Malaysia khususnya, ramai streamer-streamer yang mula mencipta nama tidak kira sebagai individu ataupun secara berkumpulan. Bagi yang masih baru atau baru nak bermula streaming, pasti akan tertanya-tanya dimana tempat yang paling sesuai untuk start streaming.

Platform Streaming Mana Satu?

Setakat ini, terdapat 3 platform besar dan paling banyak digunakan tidak kira sama ada streamer dari Malaysia mahupun luar negara. 3 platform ini adalah Youtube, Twitch dan yang terbaru adalah Facebook.

Jadi platform mana yang terbaik bagi new streamers? Platform mana yang memberikan pulangan yang lebih besar bagi mereka yang nak jadikan bidang streaming ni sebagai kerjaya? Jom kita check out sama-sama.

MESRA PENGGUNA
 

Macam yang aku bagi tahu. Ada 3 platform yang popular untuk korang bermula streaming. Tapi antara 3 platform ini yang mana paling senang digunakan bagi mereka yang baru nak bermula atau lebih mesra pengguna baru.

Bagi aku, antara 3 platform ini, Youtube dan Twitch sahaja yang nampak lebih mesra pengguna. Kedua-duanya hanya memerlukan setup yang ringkas untuk mula streaming.

Macam Twitch, ianya memang dicipta untuk live streaming. Jadi mereka lebih pentingkan interface yang mudah dan tidak memeningkan kepala pengguna.

Yang menjadikan 2 platform ini lebih mesra pengguna adalah dimana kalau korang nak livestream daripada PS4, Korang boleh livestream secara terus antara dua platform ini tanpa memerlukan PC ataupun laptop.

AUDIENCE


Kalau livestream tapi tak ada orang nak tengok pun macam tak guna juga betul tak? Kehadiran audience bila kita livestream bukan saja sekadar nak menaikan semangat kita bila livestream but mereka juga merupakan punca pendapatan bagi para streamers.

So platform mana yang lebih molek dan lebih banyak audience untuk mula streaming? Bagi aku ianya terbahagi kepada dua. Sama ada korang boleh streaming dalam Bahasa English ataupun cuma dalam Bahasa Malaysia?

Kalau korang boleh streaming dalam Bahasa English, Youtube dan Twitch merupakan tempat terbaik untuk korang bermula streaming. Twitch contohnya, amat susah untuk mendapatkan audience jika korang tak boleh streaming dalam Bahasa English. Ini disebabkan kebanyakan audience yang cuma paham Bahasa Malaysia amatlah kurang di Twitch.

Kalau korang cuma boleh streaming dalam Bahasa Malaysia, jangan risau sebab korang masih ada platform seperti Youtube dan Facebook. Di Facebook paling senang untuk korang mencari audience yang berbahasa Malaysia.

Tapi kenapa Youtube ada dua-dua Bahasa? Sebab Youtube semua orang buka dan semua orang guna tidak kira Bahasa.

Tapi bagi aku, kalau korang cuma streaming dalam Bahasa Malaysia, Facebook adalah tempat terbaik untuk korang mula streaming buat masa sekarang ini.

INCOME

 

Tidak dinafikan, berapa banyak income yang korang boleh dapat antara 3 platform ini juga merupakan benda yang sangat penting. Lagi-lagi bagi mereka yang nak menjadikan streaming sebagai kerjaya.

Income bagi seorang streamer ini datang dalam pelbagai cara, tapi aku akan ambik kira 3 sahaja iaitu Ads Revenue, Donation dan Subscription.

A) ADS REVENUE

Bagi Ads Revenue ataupun bayaran mengikut iklan yang keluar semasa korang tengah streaming. Untuk Ads Revenue ini kiraan dia sangat complicated dan berbeza-beza setiap platform. Katakanlah kita ambik 1,000 views bersamaan dengan USD1.

So platform mana yang ada fungsi pembayaran melalui Ads Revenue? Setakat ini hanya dua platform saja yang aku nampak iaitu Youtube dan Twitch. Namun untuk mendapatkan pembayaran melalui Ads Revenue ini bukannya senang.

Korang perlu lepas satu tanda aras untuk fungsi ini. Sebagai contoh Youtube, Korang perlu ada 1,000 Subscriber dan perlu ada 4,000 jam watch time dalam masa 12 bulan untuk melayakan akaun/channel korang untuk dapatkan fungsi income melalui ads revenue.

Sama juga seperti Twitch, Korang juga perlu melepasi beberapa syarat untuk memastikan korang dapat income melalui Ads Revenue ini.

B) DONATION

Bagi Donation pula, ketiga-tiga platform ini membolehkan korang meletakan link Donation dimana audience korang boleh memberi Donation seberapa banyak yang dorang nak bagi.

Donation juga tidak memerlukan korang melepasi beberapa syarat seperti Ads Revenue dan korang boleh letak link Donation dari hari pertama korang mula streaming.

C) SUBSCRIPTION

Untuk Subscription pula, hanya satu platform sahaja yang aku tahu yang memberikan income berdasarkan fungsi ini iaitu Twitch. Dimana penonton korang boleh subscribed ke channel twitch korang dengan bayaran USD4.99 sebulan dan korang akan mendapat USD2.49 dan selebihnya USD2.50 akan pergi ke Twitch sendiri.

Sama seperti Ads Revenue, Korang juga perlu melepasi beberapa syarat untuk membolehkan fungsi Subscription diberikan ke channel Twitch korang.

YANG MANA SATU?

Jadi antara 3 platform ini, yang mana paling bagus untuk new streamers mula streaming? Berdasarkan 3 point yang aku berikan iaitu Mesra Pengguna, Audience dan Income, Facebook merupakan platform yang terbaik buat masa sekarang untuk korang bermula streaming.

Walaupun Facebook kalah dari segi Mesra Pengguna, Tapi untuk Audience dan Income boleh dikatakan Facebook buat masa sekarang sedang menjadi semakin bagus. Lebih-lebih lagi kalau korang seorang streamer yang berbahasa Malaysia.

Dan kalau korang peminat permainan mobile seperti Mobile Legends dan PUBG Mobile, Korang memang berada di platform yang betul kalau korang memilih Facebook.

Platform yang kedua terbaik adalah Youtube. Walaupun Youtube kalah dalam Income, namun disebabkan Youtube merupakan aplikasi yang boleh dikatakan ramai orang Malaysia kita guna selain Facebook, ianya masih platform kedua terbaik berbanding Twitch.

Aku harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang dalam memilih platform terbaik untuk bermula streaming. Perkongsian ini hanyalah pendapat aku sahaja. Jadi kalau korang ada info dan cadangan yang lebih bagus jangan lupa untuk kongsikan dengan kitorang di media sosial @thelakione di Instagram, @thelaki_ di Twitter & Thelaki di Facebook.

Korang dah tak rasa pishang dah kan bila dah tau platform mana nak guna? Okay jom layan playlist “No More Pishang” kat bawah ni

KATALAKI: Untuk aku, aku still akan pilih Youtube untuk livestream setiap kali aku main game sebab dan terbiasa dan lebih senang nak guna.

Last modified: 10 December 2018