Play Everything Lounge – Main Sampai Puas!

Sembang

Semalam pihak Sony telah melancarkan Play Everything Lounge di Sunway Pyramid. Apa benda Play Everything Lounge ni?

Play Everything Lounge ni merupakan satu ruang khas yang mana korang boleh bermain pelbagai game terbaru yang akan keluar dekat Playstation 4 or yang dah keluar dekat konsol tersebut.

Ruang khas yang bertempat di bahagian Blue Zone, tingkat paling atas Sunway Pyramid ini dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Apa game yang korang dapat main dekat sini?

Yang paling menarik sudah tentulah Demo Kingdom Hearts 3 bro! korang boleh mencuba permainan ini secara percuma. So sebelum game ni keluar nanti bolehlah korang buat pilihan sama ada nak beli or tak game Kingdom Hearts 3 ini nanti.

Aku dapat try satu level untuk game Kingdom Hearts 3 masa pergi ke sini tadi dan apa yang aku boleh cakap is aku masih lagi atas pagar sama ada nak beli or tidak game ni hahaha!

Antara game lain yang korang boleh try adalah game Taiko No Tatsujin, Overcooked! 2 dan korang jugak dapat mencuba 20 game yang akan dimasukan didalam Playstation Classic.

Play Everything Lounge ini akan dibuka dari 23 November 2018 sehingga 17 February 2019. Segala demo game yang terdapat dekat sini akan berubah-rubah so kalau korang nak try demo Kingdom Hearts 3 korang kena datang mulai esok sehingga 25 November 2018 sahaja.

KATALAKI: Harap-harap nanti ada Demo untuk Devil May Cry 5!

Last modified: 24 November 2018