Player Reveal Terbaik Pasukan Liga Super Malaysia

Aktif, Bola

11 Januari 2019 hari tu, akhirnya. Selepas ramai peminat bola sepak Liga Malaysia memekak dan terjerit-jerit mana jadual, mana jadual, Malaysian Football League atau MFL akhirnya keluarkan juga jadual Liga Super 2019 yang akan start bulan Februari ni. Bawah ni jadual perlawanan minggu pertama untuk Liga Super 2019.

Walaupun jadual dah keluar, tapi payah gak sebenarnya nak cari kat mana jadual perlawanan Liga Super 2019. Kat website MFL pun takde lagi masa artikel ni ditulis. Memang penuh cabaran betul peminat bola sepak Malaysia nak dapatkan info pasal liga bola sepak kat negara sendiri eh.

Dalam kepayahan ni sebenarnya ada juga positifnya daripada pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super 2019 nanti. Dalam artikel kami sebelum ni, kita dah mula nampak yang pasukan kegemaran kita semakin bijak menggunakan media sosial untuk menyatukan dan mendekatkan lagi antara pasukan dan penyokong liga bola sepak tempatan. Boleh baca kat sini kalau belum lagi baca.

Info pasal setiap pasukan pun senang dapat. Jersi baru akan dikeluarkan kita boleh tahu dan jadual perlawanan persahabatan pra-musim pun cepat je sampai kat kita. Kan bagus macam tu? Semakin cepat info sampai ke peminat bola sepak liga tempatan, semakin rancak la nanti industri bola sepak tempatan. Slow and steady. Tak lama lagi confirmed setiap perlawanan liga bola sepak tempatan mesti penuh stadium! Lepas ni takde dah alasan, “Oh semalam ada game eh? tak tahu pun.”

Walaupun ada lagi pasukan yang masih terkial-kial nak gunakan media sosial sebagai medium penting untuk sampaikan info kepada peminat, kita harap-harap cepat la dorang sedar betapa pentingnya media sosial sekarang ni untuk memajukan dan merancakkan lagi liga bola sepak tempatan. Harap bersabar je la yob.

Untuk Liga Super musim 2019 akan datang nanti ni, beberapa pasukan sekarang ni tengah busy nak cari pemain baru untuk mantapkan lagi barisan pemain untuk merebut gelaran juara Liga Super 2019. Boleh lagi tak rasanya JDT bolot piala Liga Super untuk kali keenam berturut-turut musim 2019 ni? Masa ni juga la kita boleh nampak pasukan liga bola sepak Malaysia yang semakin canggih dan kreatif mempersembahkan barisan pemain-pemain baru di media sosial. Dah saing-saing macam kelab ternama eropah! Peminat bola sepak liga tempatan pun semakin excited nak tunggu Liga Super 2019 start! Jom kita tengok antara video pengenalan pemain baru yang boek oleh pasukan liga bola sepak Malaysia. Let’s go bosskurr!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terengganu Football Club️️ (@officialterengganufc) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Selangor (@faselangormy) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

BTW Apa kata korang layan playlist podcast terbaharu daripada Thelaki. Kat situ korang boleh layan episode pertama siri “Laki Buka Pekung” bersama Ijal & Mok. Moh le kita layan, klik KAT SINI.

KATALAKI: Jangan tanya kenapa ni je ke video player reveal yang ada. Setakat ni 3 team Liga Super ni je guna cara yang kreatif untuk perkenalkan player dorang.

Last modified: 15 January 2019