Playstation Belanja Gameplay NFS: Heat Sebelum Official Release

Game, Tech

Sebelum permainan video terbaru, Need for Speed: Heat mula dipasarkan pada 8 November 2019, Playstation baru-baru ni ada muat naik video gameplay Need for Speed: Heat selama 28 minit untuk tontonan orang ramai. Korang dah tengok ke belum?

Image Via : YouTube

Kalau tengok gameplay yang dikongsikan oleh Playstation ni, grafik memang dah tentu gempak la kan. Dah tahun 2019 kot. Nak masuk 2020 dah. Jalan cerita pun nampak menarik sebab ada babak yang melibatkan watak pihak polis dan ada kemungkinan watak pihak polis tersebut akan jadi watak penting dalam jalan cerita Need for Speed: Heat.

Mungkin ada yang dah tahu, Need for Speed: Heat akan membolehkan pemain untuk berlumba pada waktu siang dan malam. Berlumba pada waktu siang, pemain akan terlibat dalam perlumbaan untuk mengumpul duit supaya boleh mengubah suai kereta mengikut selera masing-masing dan pada waktu malam, pelumba akan membina reputasi di kalangan pelumba-pelumba lain dalam situasi perlumbaan yang lebih mencabar.

Need for Speed: Heat juga merupakan siri permainan video Need for Speed yang ke-24 selepas kali pertama dipasarkan pada tahun 1994. Dalam Need for Speed: Heat kali ni, sebanyak 127 jenis kereta akan ditampilkan termasuk lah kereta Ferrari. Kalau korang nak tengok senarai penuh kereta apa yang akan ada dalam Need for Speed: Heat, boleh usha kat sini. Map kali ni pun boleh tahan besar.

Selepas teruk dikecam dan dihina disebabkan Need for Speed: Payback yang dipasarkan pada 2017 tak berjaya memuaskan hati penggemar-penggemar permainan video Need for Speed, kali ni Need for Speed: Heat akan menampilkan mod pengubahsuaian kereta yang lebih terperinci dan kereta tersebut juga boleh diubahsuai menerusi aplikasi kat smartphone. Selain tu, watak utama yang akan dimainkan dalam Need for Speed: Heat juga boleh dipilih mengikut style masing-masing.

Kalau korang masih lagi 50/50 sama ada nak beli atau tak Need for Speed: Heat, try layan dulu gameplay Need for Speed: Heat terbaru kat bawah ni okeh. Kami rasa macam not bad gak. Mengancam.

KATALAKI: Harap-harap ada lagi la drag racing dalam Need for Speed: Heat.

Last modified: 5 November 2019