Playstation Classic –Berbaloi Ke Tak?

Gadget Bro, Watch

Bagi korang yang tak tahu, Playstation ade mengeluarkan satu console classic yang dipanggil Playstation Classic. Ianya membawa rekaan yang seakan-akan Playstation 1 cumanya saiz dia agak kecil sedikit berbanding console Playstation 1.

Didalam console ni terdapat 20 games klasik yang dah di preinstall. Antara games yang terdapat didalam console ini adalah seperti Final Fantasy VII, Metal Gear Solid, Oddworld: Abe Odyssey dan banyak lagi.

Untuk pemilihan game bagi aku banyak lagi gamegame yang lebih menarik yang Playstation boleh masukkan. Boleh dikatakan dalam console Playstation Classic ni hanya 3 games sahaja yang bagi aku berbaloi untuk main. Selebihnya bagi aku gamegame yang tak best.

Contohnya macam game Twisted Metal. Sepatutnya Playstation masukkan games Twisted Metal 4 tapi dorang pilih Twisted Metal yang pertama. Kualiti untuk games yang pertama ni agak hancur kalau nak dibandingkan dengan Twisted Metal 4.

Bagi game racing pula, Playstation masukkan games racing pilihan ramai iaitu Grand Turismo 2 tapi Playstation memilih untuk masukan game Ridge Racer Type 4. Bagi aku ini adalah pilihan yang paling menghampakan.

Banyak benda yang aku tak berapa puas hati dengan console Playstation Classic ni tapi mostly paling kecewa dengan pilihan games yang dorang masukanlah. Untuk aku, aku boleh cakap yang Playstation Classic ni tak berbaloi kalau aku nak beli.

Tapi kalau korang sekadar nak beli untuk buat perhiasan or sebagai collectible, kira ok lagilah bagi aku. Untuk main game, banyak lagi cara untuk korang boleh main games, rasanya banyak lagi pilihan yang percuma untuk korang yang nak main gamesgames Playstation 1 ni.

Check out review penuh aku dekat video dibawah ni. Kalau korang nak menang Playstation Classic yang aku review ni, cepat klik SINI

KATALAKI: Cepat link tu. Lambat tinggal!

Last modified: 2 January 2019