PlayStation: Pemenang Game of the Year 2019

Game, Tech

Baru-baru ni, PlayStation ada kongsikan mengenai game tahun 2019 yang berjaya menang beberapa anugerah menerusi undian orang ramai, gamer terutama sekali, di PlayStation Blog untuk menentukan game mana satu yang layak menang anugerah tertentu.

Jadi, kita sebagai pemerhati dan juga pemain PlayStation, teringin gak nak tahu game mana satu yang berbaloi untuk kita beli memandangkan game tersebut dipilih untuk menang anugerah pada tahun 2019. Kalau korang jenis yang memang dah main semua game terbaru tahun 2019, mari kita tengok sama ada korang setuju atau tak anugerah-anugerah ni diberikan kepada game yang berjaya menang.

BEST NARRATIVE

Death Stranding dipilih oleh orang ramai menerusi undian yang dibuka di PlayStation Blog untuk menerima anugerah Best Narrative tahun 2019.

Death Stranding merupakan game pertama atau comeback daripada Hideo Kojima selepas berpisah dengan Konami untuk menghasilkan game bersiri, Metal Gear Solid sejak tahun 1987.

BEST GRAPHICAL SHOWCASE

Sekali lagi, Death Stranding menerima undian paling banyak untuk anugerah Best Graphical Showcase tahun 2019 menewaskan pesaing terdekat, Resident Evil 2.

Korang dah pernah main ke belum Death Stranding ni? Ada yang kata bila main game Death Stranding macam tengok filem.

BEST MULTIPLAYER

Bukan kat smartphone je game ni merupakan game yang paling banyak dimuat turun pada tahun 2019, Call of Duty: Modern Warfare juga dipilih oleh orang ramai di Playstation Blog untuk menerima anugerah Best Multiplayer untuk tahun 2019 menewaskan pesaing terdekat, Apex Legends.

BEST ROLE-PLAYING GAME

Kingdom Hearts III yang menampilkan watak-watak besar dalam Disney antaranya Donald Duck, Goofy, Mike Wazowski, Jack Sparrow, Buzz Lightyear dan ramai lagi, menerima undian tertinggi untuk anugerah Best Role-Playing Game tahun 2019.

BEST ACTION GAME

Sekiro: Shadows Die Twice yang berunsurkan pahlawan samurai berjaya menang anugerah Best Action Game untuk tahun 2019 menewaskan pencabar terdekat, Star Wars Jedi: Fallen Order.

Sekiro: Shadows Die Twice juga berjaya menang anugerah Game of the Year di The Game Awards 2019 yang berlangsung pada 12 Disember 2019 hari tu.

BEST SPORTS GAME

Siapa je yang tak pernah main game Crash Bandicoot yang pernah dipasarkan pada tahun 1996. Game terbaru Crash Team Racing Nitro-Fueled menerima undian tertinggi untuk anugerah Best Sports Game tahun 2019 menewaskan pesaing terdekat, game yang digilai peminat bola sepak iaitu FIFA 20.

Ada banyak lagi sebenarnya anugerah yang diberikan di PlayStation Blog untuk game yang dipasarkan tahun 2019. Kalau nak tengok senarai penuh, korang boleh tengok kat sini.

KATALAKI: Kalau korang belum lagi main game yang dah berjaya menang anugerah, dah boleh try usha harga dulu kot. Macam berbaloi je untuk main.

Last modified: 24 December 2019