Playstation Pujuk Players Asia

Game, Tech

Setelah beberapa bulan kita dikecewakan oleh Sony bila game free PSlus yang dorang offer untuk bulan-bulan yang lepas yang agak hambar, tapi untuk bulan December ini pihak Playstation cuba untuk memujuk kembali customer dari Asia.

Antara game free yang akan diberikan untuk bulan December depan adalah Gravity Rush 2 dan jugak God Eater 2.

Gravity Rush merupakan game action adventure yang dihasilkan oleh SIE Japan Studio dan dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertaiment sendiri untuk konsol PS4.

Game ini merupakan game kedua untuk series Gravity Rush. Game yang mempunyai corak permainan yang menarik ini boleh dikatakan game yang sangat popular di Jepun. Dalam game ini, Kat yang merupakan watak utama mampu merubah dan mengawal gravity mengikut kesesuaian permainan.

God Eater 2: Rage Burst pula merupakan permainan video yang dihasilkan oleh Shift dan dikeluarkan oleh Bandai Namco pada tahun 2016 untuk konsol PS Vita dan juga PS4.

Game ini merupakan game yang seakan-akan Monster Hunter yang mana korang perlu memburu monster-monster gergasi. Terdapat beberapa weapon yang boleh korang pilih dan setiap weapon ini mempunyai corak gameplay yang berbeza.

Untuk pengguna PS Vita pulak, game comel Katamari Damashii No Vita pula akan diberikan. God Eater 2: Rage Burst jugak boleh dimainkan di PS Vita. Korang boleh mula download game-game ini pada 6 December 2018 sehingga 9 January 2019. Korang juga boleh download 2 theme percuma iaitu Spacewalk Dynamic Theme dan Déraciné Music Hall Dynamic Theme.

KATALAKI: Pandai pun bagi game-game best. Baru ingat taknak subscribe untuk PS Plus bulan depan.

Last modified: 30 November 2018