Plot Filem ‘The Batman’ Didedahkan Dalam Trailer Terbaru?

Sembang, ZAP, ZeKool

Rasanya dah lama adiwira kelawar ni tak muncul dalam filem solo, dan kali terakhir adalah dalam trilogi ‘The Dark Knight.’ Peminat komik DC dan juga peminat Batman telah pun dikejutkan dengan khabar gembira tentang pembikinan filem terbaru adiwira kelawar ini masa awal tahun hari tu. Kemudian minggu lepas, peminat sekali lagi teruja dengan trailer terbaru bagi filem ‘The Batman’ yang menampilkan Robbert Pattinson memegang watak Bruce Wayne dan juga Batman. So kali ini Thelaki akan korek sikit apa yang kita tahu buat masa ni tentang filem ‘The Batman’ melalui trailer rasmi yang dah dikeluarkan. Ada yang dah tahu plot cerita ni ke?

Sebenarnya para peminat dah lama tunggu maklumat yang lebih mengenai filem ni, tapi proses produksi pun terpaksa delay sebab wabak COVID-19 tempoh hari (dan masih belum pulih sepenuhnya sekarang). Dikatakan Matt Reeves, pengarah filem The Batman, akan menghasilkan sebuah filem thriller jenayah yang akan mengfokuskan pada permulaan kerjaya Bruce Wayne sebagai Batman. Batman dalam versi filem ini dikatakan tidak sempurna dan penuh kekecewaan selepas dua tahun berhempas pulas membanteras jenayah di Bandar Gotham, tapi ibarat usahanya sia-sia. 

Pihak Warner Bros dan DC pula telah mengeluarkan senarai penuh pelakon dan watak-watak yang ada dalam filem tersebut. Tambahan lagi, DC Films menyatakan bahawa filem The Batman ini wujud dalam universe yang berbeza dengan filem DC yang lain. Jadi boleh dikatakan filem The Batman tidak ada perkaitan dengan filem DC yang pernah muncul (melainkan DC Extended Universe memperkenalkan multiverse).

THE RIDDLER PENJAHAT UTAMA

Seperti yang dinanti-nantikan, untuk filem adiwira kelawar kali ini kita bakal menyaksikan The Riddler sebagai the main villain. Pembukaan trailer The Batman menunjukkan pembunuhan Datuk Bandar Gotham yang dilakukan oleh The Riddler. Boleh dilihat The Riddler mengenakan topeng muka untuk menutup identitinya sambil membungkus wajah Datuk Bandar tersebut dengan pita pelekat. Semasa di tempat kejadian, Detektif Gordon menjumpai satu mesej yang ‘berteka-teki’ ditujukan kepada Batman. Mesej tersebut juga mengandungi kod menyerupai abjad rahsia yang digunakan oleh sebuah kumpulan jenayah terancang, iaitu Court of Owls.

Menurut pengarah filem ini, watak penjahat The Riddler adalah tidak sama dengan mana-mana siri Batman, dan ia pasti akan ‘meledakkan’ kepala otak para peminat nanti. Samada betul ke tidak watak The Riddler bakal menjadi penjahat yang digeruni, kena tunggu lah tayangan filem ini yang dijadualkan keluar pada 21 Oktober 2021. 

TEMA UTAMA ADALAH RASUAH

Matt Reeves mengesahkan tentang plot utama dalam filem The Batman iaitu rasuah. Menurut beliau, watak Batman dalam filem ini akan lebih fokus untuk membanteras kegiatan rasuah dalam Bandar Gotham. Tetapi semakin jauh Batman menyiasat, semakin dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan tentang ibu bapanya yang menjadi sebahagian daripada kerosakan Bandar Gotham. Penyiasatan Batman dalam filem ini akhirnya akan menyentuh juga tentang asal usulnya. 

THE BATMAN SEBAGAI ORIGIN CATWOMAN & THE PENGUIN?

Melalui trailer The Batman, watak Catwoman juga boleh dilihat dan disyaki sedang mencuri sesuatu daripada sebuah bilik kebal. Kalau tengok daripada pakaian Catwoman dalam trailer memang tak nampak lagi dia dah jadi Catwoman. Dikatakan watak dan juga origin Catwoman akan berlaku dalam filem The Batman. Maknanya para peminat boleh lihat sendiri nanti bagaimana permulaan kisah Catwoman melalui filem ini. Boleh jadi ‘The Batmanis the origin of Catwoman.

Selain Catwoman, boleh dilihat kemunculan watak ‘The Penguin’ dalam trailer tersebut. Tapi menurut pengarah filem itu, The Penguin yang bakal ditonjolkan bukan lah seperti yang pernah dipaparkan sebelum ini. Beliau akan mengambil pendekatan menjadikan watak The Penguin lebih ke arah ketua gangster berbanding seorang penjahat yang mempunyai rupa pelik seperti burung penguin. The Batman juga dikatakan akan memaparkan bagaimana terciptanya penjahat yang bergelar The Penguin. Another origin story in one film.

BATCAVE BUKAN LAH SEBUAH ‘GUA’

Kebanyakkan live-action cerita Batman atau yang animated punya mesti akan menampakkan Batcave tu seperti sebuah gua. Tapi untuk filem arahan Matt Reeves kali ini, Batcave kelihatan seperti sebuah ruang bengkel yang luas. Melalui trailer, boleh dilihat Batcave versi Robert Pattinson memang tak kelihatan teknologi atau advance gadget seperti dalam filem-filem Batman sebelum ni. Yang ada hanya lah komputer atau peralatan berteknologi rendah, sesuai dengan jalan cerita permulaan Batman yang masih baru dalam dunia adiwira. 

Jadi itu lah sedikit sebanyak apa yang kita tahu buat masa ni berkenaan filem The Batman. Kalau tahu banyak nanti jadi tak seronok pula kan nak tengok. Apa-apa pun kita tunggu untuk next trailer yang mungkin akan dikeluarkan oleh Warner Bros.

KATALAKI: Rasa macam dah lama gila tak tengok filem superhero yang best…

Last modified: 30 August 2020