Plot Twist Yang Buat Mulut Melopong!

Sembang

Ada beberapa benda yang membuatkan korang syok tengok movie dan salah satunya adalah bila korang tengok ending yang korang tak jangka akan terjadi. Korang bayangkan bila korang tengok movie daripada awal ingatkan watak dia ini sebagai hero untuk movie ini tapi lastlast baru tahu sebenarnya dia orang jahat!

via GIPHY

Ada beberapa movie ini memang dah bagi clue daripada awal tentang ending tapi disebabkan korang tak perasan, time dah habis movie baru korang akan teringat balik tentang clueclue ni. Ada beberapa movie yang bagi aku dia punya plot twist memang buat aku ternganga kejap sebab tak boleh brain dia punya plot twist.

So hari ini aku nak share dengan korang tentang beberapa movie yang ending dia buat aku ternganga kejap sebab terkejut dengan plot twist dia. Akan ada SPOILER dalam artikel ini so kalau korang tak pernah tengok lagi movie ini sila jangan baca ye!

SHUTTER ISLAND

Shutter Island merupakan filem yang diarahkan oleh Martin Scorsese yang dikeluarkan pada tahun 2010. Movie ini diadaptasi daripada novel yang mempunyai nama yang sama dan ditulis oleh Dennis Lehane.

Movie ini mengisahkan tentang EdwardTeddyDaniels yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio sebagai seorang U.S Marshal. Dia bersama-sama partner dia, Chuck Aule yang dilakon oleh Mark Ruffalo telah pergi ke satu hospital gila di Shutter Island untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pesakit hospital tersebut.

Didalam movie ini, Teddy merasakan yang pekerja dan Dr. John Cawley sebenarnya orang yang bertanggungjawab dalam kehilangan pesakit ini dan mungkin mereka juga terlibat dalam experiment yang tidak sepatutnya terhadap pesakit. Well in the end of the movie, Baru kita dapat tahu yang sebenarnya Teddy merupakan pesakit yang telah dilaporkan hilang dan rakannya, Chuck Aule sebenarnya seorang doctor bernama Dr. Sheehan.

SAW

Movie pasal The Jigsaw Killer ini memang banyak plot twist lagi-lagi masa first movie dia yang dikeluarkan pada tahun 2004. Movie ini diarahkan oleh James Wan yang semua orang tahu sangat terkenal dengan moviemovie horror dia.

Dalam movie ini, Adam yang merupakan seorang photographer telah dirantai dalam sebuah bilik air bersama-sama dengan seorang oncologist bernama Lawrence, Didalam bilik air tersebut terdapat satu mayat yang sedang memegang pistol revolver dan cassette recorder.

Plot twist yang terdapat dalam movie ini memang korang kena tengok sampai habis baru korang akan tahu yang mana sebenarnya mayat yang tengah baring dekat tengah bilik air yang dorang terperangkap itu adalah penjenayah sebenar iaitu John Kramer dan dialah yang bertanggungjawab menculik dan mengurung dorang dalam bilik air tersebut. Yang paling terkejut adalah sebenarnya dia still hidup lagi dan dia cuma buat-buat mati saja sepanjang dorang dalam bilik air tersebut. WHAT????!!!!!

PRIMAL FEAR

Bayangkan kau seorang peguam yang bermati-mati cuba nak buktikan pada mahkamah yang client kau seorang yang tidak bersalah atas satu kes pembunuhan. Itulah dia jalan cerita untuk movie Primal Fear yang dikeluarkan pada tahun 1996 yang di inspirasi daripada novel dengan tajuk yang sama.

Mengisahkan tentang Martin Vail, seorang peguam bela yang dilakonkan oleh Richard Gere yang cuba untuk membantu seorang suspek kes pembunuhan yang bernama Aaron Stampler yang dilakon oleh Edward Norton. Aaron dikatakan mempunyai Multiple Personality Disorder yang bernama Roy dan Roy sebenarnya yang telah melakukan pembunuhan tersebut tanpa Aaron sedar.

Akhirnya, Aaron didapati tidak bersalah atas alasan dia tidak siuman dan membunuh tanpa niat. Dia cuma akan dimasukan ke dalam hospital gila. Namun pada end scene, Aaron telah mengaku pada Martin yang sebenarnya dia tidak gila dan dia hanya berlakon sahaja. Yang sebenarnya Aaron tidak wujud dan Roy adalah diri dia yang sebenar!

THE SIXTH SENSE

Movie ini memang wajid ada kalau nak bercerita pasal plot twist. Salah satu hasil karya agung pengarah M. Night Shyamalan ini telah membuatkan orang ramai compare dirinya dengan pengarah lagenda, Hitchcock.

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Cole Sear yang dilakonkan oleh Haley Joel Osment yang mampu melihat dan bercakap dengan roh orang yang telah mati. Seorang pakar psychologist kanak-kanak, Malcolm Crowe yang dilakonkan olehBruce Willis cuba untuk membantu Cole.

Korang nak tahu apa plot twist movie ini? Malcolm, pakar kanak-kanak yang cuba nak bantu Cole sebenarnya telah lama mati dan dia sendiri tidak tahu yang dia sudah mati. Dan hanya Cole seorang sahaja yang nampak dan boleh bercakap dengan dia. Yang membuatkan movie ini lagi menarik bila korang tengok balik movie ini kali kedua, korang akan perasan banyak clue yang ditinggalkan nak bagi tahu Malcolm sebenarnya hantu!

via GIPHY

Amacam? Korang ada lagi moviemovie yang korang rasa ending dia plot twist gila? Cuba share dengan kitorang di social media kitorang!

KATALAKI: “I can see dead people!

Last modified: 28 February 2019