Pokemon Dalam Tamagotchi

Gadget, Tech

Baru-baru ini ade satu ura-ura yang menyatakan Tamagotchi akan berkerjasama dengan pihak Pokemon untuk mengeluarkan Tamagotchi terbaru.

Well minggu ini berita ni dah disahkan oleh pihak Tamagotchi bila mereka telah mengeluarkan Eevee Tamagotchi di website rasmi mereka pada minggu ini!

Bagi yang tak tahu ape benda Tamagotchi ni, Tamagotchi or dekat Malaysia orang kita panggil Cyber Pet ni adalah satu permainan virtual pet simulation yang mana korang perlu jaga dari kecik sehinggalah dia besar. Korang kena bagi dia makan, bermain dengan dia alah senang cerita macam korang jaga pet korang sendirilah.

Eevee pulak adalah salah satu watak yang terdapat dalam game Pokemon. Untuk Eevee Tamagotchi ni, korang boleh memilih antara 2 warna iaitu warna coklat dan juga warna pink.

Dikatakan Eevee Tamagotchi ini bakal dikeluarkan di Jepun pada bulan Januari tahun depan dengan harga 2,300 yen (RM85+).

Sebelum ini, pihak Pokemon pernah cuba mengeluarkan beberapa gadget seakan-akan Tamagotchi dimana mereka pernah mengeluarkan Pocket Pikachu pada tahun 1998 dan juga PokeWalker pada tahun 2010.

Buat masa ini hanya tarikh perjualan di Jepun sahaja yang kitorang tahu. Sama ada Eevee Tamagotchi ini bakal masuk pasaran negara lain tu kita kena tunggu dulu. Kalau tak masuk korang kenalah order dengan kawan-kawan yang pergi Jepun tahun depan untuk order!

KATALAKI: Ini kalau buat hadiah bagi kat awek pun nice jugak ni bro!

Last modified: 26 November 2018