“Pop-Up Store” Femes – ARTBOX Datang Malaysia!

Sembang

Kalau korang dah biasa travel ke Bangkok, mesti dah familiar dengan Artbox yang terletak di Makkasan, pertama kali dianjurkan pada Jun 2015. Artbox, container market yang pertama dan terbesar dari Thailand ni, menyediakan pelbagai rangkaian bidang kreatif termasuk lah pakaian, persembahan, lukisan, juga makanan dan minuman. Ni antara gambar-gambar Artbox dekat Thailand dan Singapore sebelum ni kalau korang baru 1st time dengar.

Untuk pertama kali dalam sejarah, Artbox akan datang ke Malaysia gais! So, make sure korang free pada 9 hingga 11 November dan 16 hingga 18 November, 3 petang hingga 11 malam di Sunway City Outdoor Open Air Carpark okehh. Kita terjah ramai-ramai!

Masuk Percuma!

Takde bayaran pun yang akan dikenakan kalau korang nak singgah dekat Artbox nanti. Free admission for all! Walaupun belum hari gaji, korang boleh pergi Artbox dengan chinggey korang untuk saksikan dan rasakan sendiri kemeriahan Artbox yang dihiasi dengan lampu-lampu yang cantik, termasuklah container besi yang baek. Nah sebijik macam gambar kat bawah ni.

Barang-Barang Confirm Rare Gilababs

Bukan je suasana dan persekitaran Artbox yang boleh menduga hawa nafsu mata korang je, Artbox juga ada sediakan pop-up store yang menjual barang-barang rare antaranya phone case, bag, baju, dan macam-macam lagi lah. Makanan pun ada!

Sumber : Instagram – @rainydaysval

 

Sumber : Instagram – @sabrinasiewkuan

Port Baek Untuk Kaki Instagrammers

Artbox memang terkenal dengan perhiasan-perhiasan yang kreatif di sekitar kawasan Artbox. Dah nama pun art kan. Kat sana nanti boleh la korang tangkap gambar cun-cun untuk post kat Instagram!

Sumber : Instagram – @naitoi168

Sumber : Instagram – @hebe.plantbar

Acaner Nak Pergi Ke Artbox Malaysia?

Tak yah pening-pening, nah aku sediakan map untuk rujukan korang bila nak ke sana nanti. Naik kereta boleh, naik train boleh, naik bas pun boleh! Takde alasan untuk korang tak pegi. Oh lupa, korang boleh naik crab juga! Maksud aku Grab.

Sumber : artbox.my

Kat Mana Boleh Skodeng Update Daripada Artbox Malaysia?

Relaks brader. Korang boleh check out www.artbox.my untuk dapatkan lebih info mengenai Artbox Malaysia. Paling mudah, follow je Instagram dorang.

KATALAKI: Pergi Artbox nanti jangan lupa jaga kebersihan alam sekitar juga okeh!

Last modified: 8 November 2018