Potong Gaji Sebab Pakai iPhone?!

Game, Tech

Mesti korang rasa pelikkan? Takkanlah sebab pakai iPhone pun kena potong gaji?! Well korang tak perlu risau sebab benda ni tak terjadi dekat Malaysia, sebaliknya ianya terjadi dekat China. Tapi kenapa pulak pekerja dekat China kene potong gaji kalau pakai iPhone?

Ini semua merupakan tanda protes companycompany di China disebabkan pihak USA telah mengambil keputusan untuk ban smartphone Huawei kerana mereka telah mengatakan yang Huawei mencuri harta intelektual dan menyatakan produk Huawei digunakan untuk spy syarikat dan kerajaan diseluruh dunia.

Pergh berat jugak tuduhan yang dikenakan dekat Huawei ni. Bagi korang yang tak tahu, Huawei merupakan produk dari China yang mula ditubuhkan pada 1987 dan telah dinobatkan pengeluar smartphone kedua terbesar didunia selepas Samsung dan telah mengalahkan Apple.

Yang buatkan kerajaan China dan Huawei bertambah bengang adalah bila kerajan Canada pulak telah menahan anak perempuan owner syarikat Huawei yang jugak merupakan chief financial officer untuk Huawei! Dia telah ditahan kerana dituduh dalam satu tuduhan penipuan dan arahan penangkapan itu pulak dikeluarkan sendiri oleh kerajaan USA.

Disebabkan benda-benda inilah yang membuatkan syarikat-syarikat di China mengambil keputusan untuk melarang pekerja mereka menggunakan produk-produk dari USA, termasuklah produk Apple.

Salah satu syarikat pembekal Huawei di China, Menpad telah mengenakan penalty ataupun potongan gaji kepada pekerja mereka yang menggunakan iPhone sebagai peranti smartphone dorang.

Habis tu staff dorang ni pakai smartphone apa?

Nak beli smartphone lain nak kena keluar duit sendiri lagi. Hah demi menggalakan staff dorang ni tak memakai iphone dan tukar ke smartphone Huawei, syarikat-syarikat ini telah memberikan subsidi kepada staff dorang sebanyak 15% harga belian smartphone Huawei.

Ada juga syarikat yang mengenakan syarat pekerja yang menggunakan produk iPhone tidak akan menerima kenaikan gaji dan bonus tahunan! Betul-betul all out syarikat China ni demi mempertahankan produk negara dorang.

Buat masa ini terdapat beberapa negara yang ban produk Huawei daripada masuk negara dorang selain USA seperti Australia, New Zealand, Great Britain, Canada, Germany, Japan, Italy dan juga India.

Nasib baik Malaysia tak ban produk Huawei. Dah lah sekarang ni Huawei tengah galak keluarkan smartphonesmartphone yang powerpower dan murah pulak tu!

KATALAKI: Walaupun bro kipas susah mati produk-produk Android, tapi bro rasa tak patutlah buat geng iphone macam ni.

Last modified: 27 December 2018