Power Ke Daniel James Ni?

Aktif, Bola

Habis je liga domestik Eropah untuk musim 2018/19, sekarang ni la masanya untuk setiap pasukan membeli-belah, terutama sekali pasukan-pasukan ternama Eropah untuk memantapkan lagi barisan pemain untuk musim yang baru nanti.

Eden Hazard pun secara rasminya dah pindah tinggalkan Premier League untuk bermain dengan Real Madrid. Satu kehilangan besar untuk Premier League dan penyokong Chelsea termasuk lah Chelsea sendiri.

Pasukan ternama yang paling menghampakan untuk musim 2018/19, Manchester United pun dah mula cari pemain-pemain baru untuk membetulkan balik keadaan di Old Trafford. Baru-baru ni, Man Utd secara rasmi dah beli pemain baru pertama untuk musim Premier League yang akan datang, Daniel James. Siapa lak Daniel James ni?

Daniel James, berumur 22 tahun pada tahun 2019, merupakan pemain akademi Hull City sebelum dibeli oleh Swansea City pada tahun 2014. Pada April 2018, baru lah Daniel James berjaya buktikan kehebatannya dan mula jadi pemain utama dalam skuad Swansea yang beraksi dalam EFL Championship. Kalau korang nak lebih faham pasal EFL Championship, boleh baca jap kat sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel James (@daniel_james97) on

Sepanjang beraksi bersama Swansea City dalam 39 perlawanan, Daniel James dah berjaya jaringkan 6 gol dan 10 bantuan gol. Masa kat Swansea City, Daniel James bermain di posisi penyerang sayap kiri.

Apa Kehebatan Daniel James?

Penyokong Man Utd mesti dah kaji awal-awal siapa Daniel James ni sebelum Man Utd secara rasminya beli Daniel James daripada Swansea City. Kehebatan dan kelebihan Daniel James yang paling penting dah tentu sekali kelajuan dan teknik gelecek bola yang padu. Bawah ni korang boleh tengok video masa Daniel James beraksi dengan Swansea City.

Patut Ke Man Utd Beli Daniel James?

Pengurus Man Utd, Ole Gunnar Solskjær memang memerlukan seorang pemain yang laju untuk memantapkan lagi posisi penyerang sayap kiri. Buat masa ni, ada dua pemain Man Utd yang boleh main di posisi penyerang sayap kiri antaranya Anthony Martial dan Alexis Sanchez. Tapi dua-dua pemain Man Utd ni kurang menyerlah untuk musim 2018/19. Rasanya memang patut gak lah Man Utd beli Daniel James. Laju, boleh gelecek bola, boleh jaringkan gol dan masih lagi muda.

KATALAKI: Salah satu punca terbantutnya prestasi seorang pemain bola sepak ialah kecederaan, tak kisah la pemain tu sehebat mana pun. Semoga Daniel James sentiasa cergas dan menyerlah untuk kembalikan kehidupan penyokong Man Utd yang tengah murung sekarang ni.

Last modified: 9 July 2019