Sebelum ni pernah viral mengenai kehebatan remaja yang berasal dari Malaysia mencipta teknologi pintu asrama yang dibuka menggunakan kad pengenalan dan motor dihidupkan menggunakan kad dan aplikasi di smartphone.
maybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6
— DECI (@DECI93725960) June 29, 2019
Kolej kau bukak pintu guna kad? Kolej aku start motor guna app dan kad gais. 2 way function gaiss. Kasi viral gaiss pic.twitter.com/xhtYno0sNF
— Wadeehe (@thefaizamini) July 26, 2019
Hebat sebenarnya remaja kat Malaysia ni. Bukan semua orang mampu dan ada kebolehan untuk mencipta teknologi macam ni. Ini lah sebenarnya gunanya media sosial. Kelebihan dan kebaikan seseorang tu boleh disebarkan untuk menyampaikan sesuatu benda yang positif. Yang terbaru, seorang lagi remaja di Malaysia berjaya mencipta powerbank menggunakan kadbod.
Aku cakap kat adik aku “Abang nak beli powerbank tapi belum gaji”. Look what he made for me 😭 A handmade powerbank 😭 Im really grateful to have a little brother like him 😭 Nanti abang belanja MCD as promised 😭 pic.twitter.com/EDnIFjlUld
— Aaoisora (@Goodensora) July 22, 2019
Ini lah pencipta powerbank yang dicipta menggunakan kadbod iaitu adik kepada pemilik akaun Twitter @Goodensora, baru berumur 13 tahun dikenali sebagai Mohamed Arief Hariz Mohamed Azrin atau Ayep.
So inilah adik saya 😬 Masih belajar si Sekolah Sultan Ismail (SSI) dan baru form 2 ye guys. Umur 13 tahun nak ke 14 😬 pic.twitter.com/ssM9yBRXcE
— Aaoisora (@Goodensora) July 23, 2019
Ayep hanya mengambil selama sejam je untuk mencipta powerbank yang diperbuat daripada kadbod ni dan mampu mengecas smartphone selama 30 minit. Ini buktinya powerbank tersebut boleh berfungsi dengan baik.
To those yang tertanya boleh charge ke. Inilah hasilnya adik saya cipta semalam 😁❤ Adik saya kata dia akan improve lagi powerbank ni 😬 Thankyou guys sebab support adik saya 😊❤ Semoga adik kalian akan membantu kalian juga 😊 pic.twitter.com/kEL7aXZy1m
— Aaoisora (@Goodensora) July 23, 2019
Ramai gak pengguna Twitter lain yang memberikan respons mengenai teknologi tersendiri yang berjaya dicipta oleh Ayep. Ini antara respons yang diterima melalui akaun Twitter @Goodensora selepas memuat naik kecanggihan powerbank yang diperbuat daripada Kadbod.
So kreatif.. ni generasi yg berfikir luar kotak yg kita mahukan. Keep it a good work adik.. klu ad peluang sambung bahagian yg related to engineering or else.
— Arsuna (@shahirahsobri) July 24, 2019
Aku dapat merasakan adik kau digilai wanita suatu hari nanti. Jaga dia baik2.
— Malcolm X (@SyamRazaly) July 24, 2019
No offense at all. It’s a genius invention. But safety wise, please don’t use it since it deals with electricity. And electricity kills.
— Abu Yusuff (@NYQB10) July 25, 2019
Please take care of him, and semoga dia dapat belajaq tinggi2 and dapat berguna kepada bangsa dan negara. Harap dapat buat powerbank yg tak payah charge seumur hidup hahahah
— Fatini Hanis (@FatinieNorzali) July 24, 2019
KATALAKI: Bayangkan kalau remaja-remaja yang bijak dalam bidang teknologi ni bersatu menghasilkan satu teknologi yang mampu bersaing dengan teknologi luar negara. Wow.