Prank Hantu Paling CUAK NAK MAM

Sembang

Wah wah wah. 31 Oktober lepas bukan main ramai lagi hantu berkeliaran kat luar yer. Sampai aku masuk office pun tiba-tiba dah tercongok muka putih tepung gomak macam hantu menghadap laptop.

Dekat wayang sekarang ni pun tengah banyak movie hantu yang korang boleh tengok. 7ujuh, Rasuk, Santet, Sabrina dan banyak lagi lah. Review la sikit movie ni kalau korang dah tengok. Comment kat bawah.

Memandangkan korang memang layan cerita pasal hantu, artikel kali ni aku sediakan untuk korang antara prank hantu yang pernah wujud kat dunia ni. Level seram nokharomm!

 Valak Wannabe

Tak kelakar doh masuk lift dengan susuk tubuh yang menyeramkan pastu lampu terpadam. Tapi kadang-kadang aku rasa video ni macam dah dirancang pun ada. Setiap prank mesti ada sorang, dua orang atau tiga orang je kat area tu. Korang rasa macam mana?

Masih Lagi Valak Wannabe

Video ni macam real prank. Tengah fokus tengok cermin sekali keluar Valak daa. Yang last sekali tu gaduh dengan Valak pahal? Prank ni memang diatur oleh team filem The Conjuring sendiri untuk promosikan filem The Conjuring 2.

Badut Nakal

Aku tak faham sebenarnya badut ni wujud untuk lawak ke takut? Tapi kenapa lelaki tu tinggalkan chinggey dia macam tu je? Ke berlakon je ni.

Kembar Sia*

Korang cuak tak dengan video ni? Rasanya sound effect dan background music pun membantu gak untuk jadi lagi seram. Try tengok sambil guna earphone atau headphone.

Si Deringan

Pelakon yang jadi hantu kadang-kadang membantu gak untuk jadikan lagi scary. Dia punya merangkak tu real. Mencicit semua lari. Prank ni tujuannya untuk mempromosikan filem seram The Ring.

Video prank kali ni aku rasa takde la seram sangat sebab semua hantu mat salleh. Cuba kalau prank guna hantu kat Malaysia. Hantu Kak Limah pun boleh jadi seram. Nak lagi seram korang jangan lupa layan Mai Try bersama Anwar Hadi dan Mirza di YouTube Thelaki okehhh. Dorang pergi rumah hantu kat Sunway Lagoon hari tu kat SINI.

KATALAKI: Rasa-rasanya cerita hantu boleh menyumbang kepada statistik serangan sakit jantung kat Malaysia tak?

Last modified: 7 November 2018