Predator Triton 300 – Gaming Laptop Terbaru Daripada Acer!

Gadget, Tech

Pada minggu ini Acer telah memperkenalkan gaming laptop terbaru untuk siri Triton dorang iaitu Acer Predator Triton 300. Bagi siri Predator Triton yang terdahulu, ianya memang terkenal dengan rekaannya yang nipis dan ringan tak dilupakan spec yang mantap.

Gaming laptop Acer Predator Triton 300 ini cuma seberat 2.3 kg sahaja dan mempunyai aluminum chassis dengan rekaan matte black seperti mana yang kita biasa lihat pada siri Predator Triton yang korang pernah lihat sebelum ini.

Bagi bahagian spec, Acer Predator Triton 300 akan mempunyai processor sehingga 9th Gen Intel Core i7 yang digabungkan dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 GPU. Bagi bahagian RAM pula, gaming laptop ini mempunyai RAM sebesar 16GB dan korang boleh upgrade sehingga 32GB.

Bagi menampung gaming storage yang besar, Acer Predator Triton 300 boleh support sehingga dua 1TB  PCle NVMe SSD  dan juga sehingga 2TB hard drive. Korang bayangkan berapa banyak game yang korang boleh install dalam laptop ini nanti.

Untuk bahagian screen pula, Acer Predator Triton 300 mempunyai screen sebesar 15.6 inci Full HD IPS display dengan bazel yang nipis. Ia juga mempunyai refresh rate 144Hz dan 3ms overdrive response time. Ini membuat graphic dan warna yang ditunjukkan pada screen Acer Predator Triton 300 ini lebih terang.

Kalau korang lihat pada bahagian keyboard untuk Acer Predator Triton 300 ini mempunyai RGB dan juga dedicated Turbo dan Predator Sense keys. Tak dilupakan pada key WASD, arrow dan dedicated key akan mempunyai bentuk yang cengkung dan juga transparent bagi membolehkan korang membezakan setiap key semasa korang bermain video games.

Jadi kalau korang tengah mencari gaming laptop yang nipis dan ringan untuk memudahkan korang bawa ia ke mana-mana sahaja, mungkin gaming laptop Acer Predator Triton 300 ini sesuai dengan korang. Buat masa ini, Acer memberitahu yang laptop ini akan mula dijual pada bulan Oktober nanti.

KATALAKI: Agak-agak berapalah harga dia bila masuk pasaran Malaysia nanti?

Last modified: 6 September 2019