Predator XB3 & Nitro XV3 – Monitor 4K Terbaru Dari Acer

Gadget, Tech

Semalam, Pihak Acer telah melancarkan 2 monitor terbaru mereka yang memfokuskan kepada gamingEvent yang dijalankan di One Utama ini telah menampilkan 2 monitor terbaru dari Acer iaitu Predator XB273K dan Acer Nitro XV273K.

Kedua-dua monitor ini menawarkan resolusi 4K bagi memberikan pengalaman permainan video yang lebih bagus dan mantap.

PREDATOR XB273K

Monitor yang didatangkan dengan resolusi 4K Ultra High Definition ini juga hadir dengan 4 millisecond respond time. Monitor ini juga boleh di overclock untuk mencecah 144hZ resfresh rate bagi menghapuskan masalah skrin koyak (Screen Tearing) dan meminimumkan masalah stuttering.

Bagi memantapkan lagi kejelasan warna, monitor XB3 ini menampilkan teknologi Quantum Dot dan VESA DisplayHDR 400 supaya pengguna dapat bermain permainan video dengan lebih puas.

Terdapat beberapa mode yang boleh dipilih bila menggunakan monitor ini seperti Eco, Graphic dan Movie. Bagi mereka yang menggunakan monitor ini untuk bermainan permainan video, terdapat beberapa mode khas yang boleh dipilih seperti Action, Racing dan Sport.

Predator XB3 ini akan mula dijual dipasaran pada pertengahan bulan depan dengan harga RM4,599 di kesemua kedai rasmi Acer.

Acer Nitro XV273K

Monitor bersaiz 27 inci ini lebih mengfokuskan kepada casual gamer dengan harga yang lebih rendah berbanding Predator XB273K.

Dengan teknologi AMD Radeon FreeSync dan Visual Response Boost (VRB) mampu  mengurangkan blur pada gambar dan visual yang bergerak pantas untuk mencapai effect 1 millisecond Moving Picture Response Time (MPRT).

Bagi meng-optimumkan kesan visual, Monitor ini turut didatangkan dengan teknologi Black Boost yang mana penguna boleh memilih sehingga 11 tahap kegelapan untuk monitor.

Untuk mengelakan ketidakselesaan semasa menggunakan monitor ini, Nitro XV3 telah ditambah dengan Acer VisionCare yang mempunyai teknologi Flickerless, BlueLightshield, ComfyView dan Low-Dimming.

Acer Nitro XV3 ini dijual pada harga RM2999 dan boleh dibeli disetiap kedai rasmi Acer bermula pertengahan bulan ini.

Acer X Pestle Mortar

Acer juga telah mengumumkan kerjasama dengan jenama streetwear terkenal, Pestle & Mortar Clothing untuk dalam penghasilan t-shirt kasual Acer.

Terdapat 2 rekaan t-shirt yang dipertontonkan iaitu Acer Swift dan Predator, Conquer New Worlds. Kedua-dua t-shirt ini boleh didapatkan secara online di laman web rasmi Acer dengan harga RM99 untuk Acer Swift dan RM109 untuk Predator, Conquer New Worlds

KATALAKI: Dalam semua item yang dorang tunjukan semalam, cuma T-shirt Acer Swift je yang mampu aku beli…

Last modified: 7 November 2018