Premier League Akan Bercuti Panjang Tahun 2020?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool


Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris, Premier League akan bagi cuti panjang atau dikenali sebagai “mid-season break” pada bulan Februari 2020 kepada semua pasukan yang bersaing dalam Premier League untuk berehat secukupnya selepas menghadapi jadual perlawanan yang padat sejak hari Christmas dan Tahun Baru 2020 hari tu.

Salah satu sebab lain kenapa Premier League memberikan cuti panjang adalah untuk membolehkan pemain-pemain berehat sebelum terlibat dengan perlawanan UEFA Champions League yang akan bersambung pada 19 Februari 2020 dan kejohanan UEFA EURO 2020 pada bulan Jun 2020, selepas tamat semua perlawanan Premier League untuk musim 2019/20.

Walau bagaimanapun, bukan semua pasukan Premier League akan bercuti secara serentak. Untuk perlawanan Premier League minggu ke-26, 10 perlawanan Premier League akan dibahagikan kepada 2 minggu. Pada 8 Februari sehingga 10 Feb 2020 (waktu Malaysia), hanya 4 perlawanan akan diadakan dan pada 15 Februari 2020 sehingga 18 Februari 2020 (waktu Malaysia), baki lagi 6 perlawanan akan diadakan. Jadual perlawanan Premier League akan kembali seperti biasa bermula minggu ke-27, pada 22 Februari 2020.

Image Via : skysports.com

Kalau korang perasan, baru-baru ni kecoh pasal perlawanan FA Cup replay yang melibatkan 4 pasukan Premier League antaranya Newcastle United, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Southampton yang dijadualkan berlangsung semasa “mid-season break“.

Kata nak bagi cuti panjang, tapi tiba-tiba kena tambah lagi satu perlawanan FA Cup replay. Tu yang Jurgen Klopp bising dan ada kemungkinan hanya akan menurunkan pemain-pemain muda dalam perlawanan FA Cup replay nanti memandangkan pemain-pemain senior akan bercuti “mid-season break“.

Mid-season break” yang diberikan oleh FA England kepada pasukan-pasukan Premier League ni masih lagi dalam fasa percubaan selama 3 tahun. Kalau betul-betul dapat memberikan kebaikan kepada pemain dan kepada Premier League sendiri, baru lah “mid-season break” akan dikekalkan dalam setiap musim Premier League.

KATALAKI: Risau gak kalau Premier League cuti lama sangat. Takkan kita nak menung tengok dinding je masa weekend.


Last modified: 10 February 2020