Premier League Akan Bermula 12 Jun 2020?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Sejak kerajaan United Kingdom memberikan kebenaran untuk menyambung semula semua acara sukan profesional bermula 1 Jun 2020, kita boleh nampak ramai pemain bola sepak Premier League dah pun mula kembali ke pusat latihan kelab masing-masing bagi melapor diri dan mengembalikan tahap kecergasan. Ada yang dah berisi, ada yang dah berjambang dan ada gak yang dah takde rupa macam pemain ternama dunia.

Setiap kelab perlu patuh dengan peraturan yang ketat demi mengurangkan hubungan fizikal sebanyak mana yang boleh termasuk lah pemain perlu bersiap dari rumah, setiap pemain hanya dibenarkan menyentuh barang sendiri sahaja dan terus balik ke rumah selepas selesai sesi latihan. Sebarang sesi latihan yang melibatkan hubungan fizikal seperti El Rondo juga terpaksa dielakkan oleh setiap kelab bagi mematuhi amalan penjarakan sosial.

Bila dah nampak pemain-pemain kembali menjalani latihan, kita sebagai peminat sukan bola sepak mesti dah boleh agak Premier League akan bersambung tak lama je lagi. Yang terbaru, tarikh 12 Jun 2020 mula tersebar di media sosial selepas Premier League dikatakan bakal menyambung semula aksi perlawanan liga pada tarikh tersebut. Bukan tarikh Premier League bakal disambung semula je yang dikatakan bocor, tarikh perlawanan UEFA Champions League juga dikatakan kembali bersambung pada 9 Ogos 2020 walaupun ada beberapa pemain yang masih berkeras hati tak nak kembali ke pusat latihan disebabkan masih trauma dengan virus COVID-19.

Disebabkan jadual perlawanan terpaksa dianjak jauh daripada tarikh asal, pemain Premier League dijangka akan berehat hanya selama 3 minggu selepas selesai musim 2019/20, sebelum kembali terlibat dalam perlawanan pra-musim untuk mempersiapkan diri menempuh saingan musim baru 2020/21. Hari tu dah lama berehat selama berbulan-bulan dalam rumah disebabkan penularan wabak COVID-19, kali ni terpaksa lah berkorban percutian yang diidam-idamkan demi mengembalikan semula punca kewangan Premier League yang dah tentu sekali terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

Buat masa ni, Bundesliga dah memulakan semula saingan liga di Jerman bagi menamatkan musim 2019/20 secepat mungkin. UEFA Champions League yang tertangguh di peringkat Round of 16 pula hanya melibatkan kelab dari England (Manchester City & Chelsea), Sepanyol (Real Madrid, Atlético Madrid & Barcelona), Jerman (Bayern Munich & RB Leipzig), Itali (Atalanta, Juventus & Napoli), dan Perancis (PSG) untuk menamatkan saingan sehingga ke perlawanan akhir yang dikatakan akan berlangsung pada 29 Ogos 2020.

KATALAKI: Liga Perancis, Belanda dan Scotland dah ditamatkan lebih awal disebabkan wabak COVID-19.

Last modified: 25 May 2020