Premier League Kembali Bersambung? Ini Yang Korang Kena Tahu

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Berita mengenai Premier League bakal disambung semula selepas beberapa bulan ditangguhkan disebabkan penularan wabak COVID-19, mula tersebar luas apabila kerajaan United Kingdom mengumumkan yang Premier League dibenarkan untuk memulakan semula saingan musim 2019/20 pada 1 Jun 2020.

Walau bagaimanapun, penggemar sukan bola sepak di seluruh dunia yang dah lama mendambakan aksi perlawanan Premier League secara langsung belum boleh bersorak memandangkan buat masa ni Premier League sendiri belum lagi mengumumkan mengenai tarikh rasmi perlawanan Premier League akan disambung. Kerajaan United Kingdom dah bagi lampu hijau, tapi Premier League masih perlu mengumpul kata sepakat daripada pemegang saham, penaja, pasukan, pengurus dan pemain yang terlibat dalam Premier League untuk menentukan keputusan muktamad.

Menurut kenyataan daripada ketua eksekutif Premier League, Richard Masters, selepas kerajaan United Kingdom memberikan kebenaran untuk menyambung semula semua acara sukan profesional bermula 1 Jun 2020, perbincangan di antara 20 pasukan yang bertanding dalam Premier League telah diadakan untuk mencari jalan terbaik bagi menyambung dan menamatkan saingan Premier League musim 2019/20, dalam masa yang sama, mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan United Kingdom dan pakar kesihatan.

Selain tu, Richard Masters juga menyatakan semua 20 pasukan Premier League mempunyai kata sepakat yang kuat untuk menamatkan musim 2019/20 yang dah lama tertangguh. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai penyambungan semula aksi Premier League bergantung kepada perbincangan bersama dua individu paling penting dalam sukan bola sepak iaitu pengurus dan pemain.

Richard Masters juga berkongsi mengenai isu lokasi perlawanan Premier League yang dibangkitkan dalam perbincangan, termasuk kemungkinan mengadakan perlawanan Premier League di gelanggang berkecuali. Tapi, Richard Masters menegaskan yang pemegang saham masih lagi berpendirian untuk menamatkan Premier League musim 2019/20 dengan mengadakan perlawanan di tempat asal, seperti yang dijadualkan sebelum ni.

Buat masa ni, liga bola sepak Korea, K-League yang sepatutnya memulakan musim terbaru pada bulan Februari, merupakan liga bola sepak di dunia yang terawal memulakan aksi perlawanan bola sepak selepas ditangguh disebabkan penularan wabak COVID-19, disertakan dengan peraturan baru yang perlu dipatuh sepanjang perlawanan berlangsung.

Kat bawah ni korang boleh tengok antara peraturan baru yang perlu dipatuh dalam perlawanan K-League untuk memastikan keselamatan setiap individu yang terlibat semasa hari perlawanan terjamin, dalam masa yang sama, mengelakkan wabak COVID-19 daripada kembali menular.

KATALAKI: Bersediakah korang untuk menyaksikan Liverpool menjulang piala Premier League pertama kali dalam sejarah?

Last modified: 21 May 2020