Premier League: Selamat Datang Teemu Pukki

Aktif, Bola

Kenapa tiba-tiba kita nak ucapkan selamat datang kat Teemu Pukki ni? Bukan sebab namanya tapi sebab Teemu Pukki merupakan pemain penyerang pasukan Norwich City yang bakal kembali beraksi dalam Premier League untuk musim baru akan datang.

Musim pertama bersama dengan Norwich City, Teemu Pukki berjaya bawa Norwich City untuk menjadi juara EFL Championship 2018/19 dengan menjaringkan 30 gol dalam 46 perlawanan. Bukan biasa-biasa statistik Teemu Pukki kat atas padang. Teemu Pukki juga merupakan pemenang anugerah penjaring terbanyak dalam saingan EFL Championship 2018/19.

Teemu Pukki yang berasal dari Finland, dibeli oleh Norwich City pada tahun 2018 dari pasukan yang beraksi di liga Denmark,Β BrΓΈndby IF.

 

View this post on Instagram

 

Teemu Pukki has been crowned the PFA Championship Player of the Season, thanks to your votes! πŸ‘πŸ‘

A post shared by Norwich City FC (@norwichcityfc) on

Kali terakhir Norwich City beraksi dalam Premier League ialah pada tahun 2016 sebelum tersingkir ke liga bawahan. Selepas 3 tahun, kali ni Norwich City kembali untuk memeriahkan lagi saingan Premier League bersama penyerang yang berbisa, Teemu Pukki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Teemu Pukki (@elpugi) on

Kalau korang salah seorang pemain Fantasy Premier League, Teemu Pukki ni mungkin akan menjadi pemain pilihan ramai. Tapi harga pun boleh tahan. Untuk info, Teemu Pukki merupakan pemain termahal Fantasy Premier League daripada 3 pasukan baru yang berjaya naik ke Premier League untuk musim baru nanti iaitu Norwich City, Sheffield United dan Aston Villa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norwich City FC (@norwichcityfc) on

Mungkin agak malang untuk Norwich City, perlawanan pertama Premier League nanti, Norwich City dijadualkan akan bertemu dengan Liverpool di Anfield. Kali terakhir Liverpool kalah di Anfield ialah pada 26 September 2018 menentang Chelsea dalam saingan Piala EFL.

KATALAKI: Ramai gak pemain Norwich City yang dijangka menyinar dalam Premier League nanti selain Teemu Pukki. Semoga Norwich City dapat bertahan lama dalam liga yang penuh onak dan duri, Premier League.

Last modified: 11 July 2019