Presiden Inter Milan Baru Berumur 28 Tahun?!

Aktif, Bola

Tak pernah lagi dalam sejarah bola sepak Inter Milan, seorang lelaki yang berusia 28 tahun memegang jawatan sebagai presiden. Zhang Kangyang atau juga dikenali sebagai Steven Zhang merupakan presiden salah satu pasukan ternama di Itali iaitu Inter Milan sejak tahun 2018. Korang dah kenal ke siapa sebenarnya Steven Zhang?

 

View this post on Instagram

 

I will never let you down. 🙏🏻⚫️🔵

A post shared by Steven Zhang (@stevenzhang91) on

Steven Zhang lahir pada 21 Disember 1991, berasal dari China merupakan salah seorang pemegang saham sebuah empayar yang dikenali sebagai Suning Holdings Group, dimiliki oleh bapanya sendiri, Zhang Jindong. Macam mana agaknya bangsawan China boleh terlibat dengan sukan bola sepak di Itali?

Semuanya bermula pada tahun 2016 selepas Suning Holdings Group berjaya membeli majoriti saham Inter Milan. Steven Zhang antara orang kuat yang berjuang habis-habisan untuk membeli majoriti saham yang dipegang oleh beberapa pihak, sehingga berjaya menjadikan Suning Holdings Group pemegang saham terbesar dan seterusnya Inter Milan menjadi milik Suning Holdings Group. Sekarang korang dah faham kan kenapa sekarang ni Inter Milan bukan main lagi berbelanja sakan.

 

View this post on Instagram

 

Auguri papa’! Happy Fathers Day, I will never disappoint you ⚫️🔵

A post shared by Steven Zhang (@stevenzhang91) on

Selepas 2 tahun Inter Milan diambil oleh pengurusan baru iaitu Suning Holdings Group, Steven Zhang dilantik sebagai presiden Inter Milan yang baru pada tahun 2018. Walaupun takde latar belakang bola sepak, tapi kepakaran yang dimiliki oleh Steven Zhang adalah bisnes. Kalau diberi pilihan, korang akan menyokong seorang presiden yang ada latar belakang bola sepak yang hebat atau seorang presiden yang handal menjana pendapatan untuk sesebuah pasukan? Fikirkan jap.

 

View this post on Instagram

 

Let’s make history together. 😉 ⚫️🔵 #NotForEveryone #ForzaInter

A post shared by Steven Zhang (@stevenzhang91) on

Sejak Steven Zhang dilantik menjadi presiden pada tahun 2018, belum ada lagi pencapaian di peringkat tertinggi yang dah berjaya dicapai oleh Inter Milan buat masa ni. Tapi, rasanya ramai peminat bola sepak dah mula nampak Inter Milan dalam proses membina sebuah pasukan yang mampu bersaing dengan Real Madrid, Barcelona atau pun Liverpool selepas Antonio Conte ditugaskan sebagai pengurus baru Inter Milan pada tahun 2019.

Seterusnya, Inter Milan membawa masuk beberapa pemain ternama dengan menawarkan gaji yang tinggi, bukan untuk membina pasukan yang mantap je, kemasukan pemain-pemain ternama juga mampu menaikkan reputasi sesebuah pasukan. Diego Godin, Ashley Young, Romelu Lukaku dan Christian Eriksen antara nama besar yang menyebabkan nama Inter Milan sentiasa berlegar-legar di media sosial. Alexis Sanchez tu Inter Milan pinjam je dari Manchester United selama 1 musim. Sama ada Alexis Sanchez kekal kat Inter Milan atau balik ke Manchester United balik, kita tunggu kesudahannya selepas tamat musim 2019/20 nanti.

 

View this post on Instagram

 

WARM UP TIME 🔥🏟📸 #InterFiorentina #Inter #ForzaInter #Football #CoppaItalia

A post shared by Inter (@inter) on

KATALAKI: Inter Milan pun dah lama sangat senyap. Kira comeback lah ni. Kali ni diterajui oleh taukey yang baru.

Last modified: 4 February 2020