[PREVIEW DRAFT] Cara-Cara Mudah Jimat Elektrik Di Rumah

Uncategorized

Tak kiralah, sama ada korang duduk satu rumah dengan keluarga ataupun duduk bersendirian ataupun juga duduk di rumah sewa dengan ramai member. Rata-rata daripada korang mesti nak tahu cara-cara terbaik untuk jimat bil elektrik dirumah kan?

Ada yang jenis mentaliti pakai je atau tak kisah pun kadang-kadang dengan caj yang dikenakan setiap bulan. Kadang-kadang tu air cond, TV, kipas angin, komputer dan macam-macam lagi barangan elektrik kat rumah kita biarkan terbiar dan sentiasa dipasang tak kira masa.

Tapi tahukah korang, kalau tahu cara penggunaan barangan elektrik yang betul serta mengamalkan langkah-langkah penjimatan elektrik di rumah, ianya dapat menjimatkan caj bil elektrik korang sedikit atau sebanyak sehingga 50%. Ya, jimat bil elektrik sebanyak 50% itu tak mustahil kalau korang betul-betul perform dengan cara-cara serta langkah penggunaan barangan elektrik di rumah dengan betul.

Microwave, komputer, TV, charger telefon, radio, dekoder TV ini adalah antara perkakas elektrik di rumah yang menjadi punca utama bil elektrik korang melambung naik setiap bulan. Jadi harini Thelaki nak kongsikan tips yang boleh korang follow untuk jimat caj bulanan elektrik di rumah. Silap-silap kalau korang ikut, caj bulanan elektrik kat office pun korang boleh jimatkan sekali.

1. Amalkan ProjectWise

Pertama sekali dalam kita nak mengamalkan penjimatan tenaga elektrik kita haruslah mengambil langkah yang tertentu seperti “Project Wise”. Project Wise ni sebenarnya apa? Project Wise ni adalah salah satu initiative yang boleh kita terapkan dalam kehidupan seharian kita, especially kalau kita duduk di rumah keluarga ataupun dirumah sewa bersama rakan-rakan yang lain.

Dengan initiative seperti Project Wise ini, ia adalah bertujuan untuk kita sama-sama ingatkan setiap ahli di rumah kita untuk beringat tentang penjimatan elektrik seperti memastikan lampu, kipas dan peralatan yang menggunakan tenaga elektrik untuk sentiasa ditutup jika tiada kegunaan. Contoh yang korang boleh lakukan adalah dengan meletakkan nota yang bertulis “Project Wise! – Sila tutup jika tidak digunakan” (atau ayat yang lebih power) di setiap suis lampu, kipas, plug point yang terdapat di rumah. Adanya kaedah seperti ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam usaha untuk menjimatkan kos bulanan tenaga elektrik.

2. Sejuk dan Menjimatkan

Salah satu penyebab caj bulanan di rumah naik adalah disebabkan tenaga yang digunakan untuk menjaga suhu didalam rumah kita. Penggunaan tenaga yang kuat daripada kipas siling ataupun daripada air cond dengan kuasa kuda yang tinggi adalah salah satu faktor yang menyebabkan bil bulanan kita naik dengan mendadak. Kalau air cond dirumah tak pernah tutup, apa kata sekali sekala korang tutup jika tidak menggunakannya. Kipas siling tu, jangan biarkan sentiasa on 24 jam, tak pun gunalah on/off timer.

Image via: Thelaki.com.my

Kalau nak lagi jimat, korang boleh cuba kipas siling model Aura F-M15EXVBKRH terbaharu daripada Panasonic. Sebab apa jimat? Sebab kipas siling model Aura keluaran Panasonic ini didatangkan dengan fungsi energy saving DC Motor Technology yang mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 55%.

Bukan itu saja, dengan kipas siling Panasonic Aura F-M15EXVBKRH ini, ianya mampu memberikan kualiti udara yang lebih selesa dengan adanya fungsi Yuragi Natural Breeze. Tenaga udara yang dikeluarkan menggunakan 3D Blade membuatkan pengguna selesa serta ianya juga beroperasi pada kadar bunyi yang rendah. Tak lupa juga, kipas siling ini mempunyai enhanced safety features yang membuatkan ianya selamat untuk pengguna.

Design kipas siling ini juga memang cantik dan nampak sleek trendy sesuai untuk mereka yang idamkan kipas siling yang tampak modern. Jadi kalau korang masuk rumah baru, nak bagi ruang rumah nampak trendy, kami sarankan install kipas siling Panasonic Aura F-M15EXVBKRH ni   

3. Energy Star Rating

Setiap kali nak beli barangan kita akan selalu tengok review, nak tau apa pros and cons dia, nak tahu barang apa yang recommended. Tapi bukan itu je yang korang kena tengok dan tahu. Kita kena tahu jugak rating. Rating camna? Bukan rating as in bagus ke tak bagus, tapi korang kena tengok jugak Energy Star Rating barangan elektrik tersebut, menurut sumber daripada laman web rasmi Suruhanjaya Tenaga.

Energy Star Rating ni adalah label cekap tenaga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Label ini selalunya terdapat di barangan elektrik yang dijual zaman sekarang. Fungsinya adalah untuk menunjukkan tahap kecekapan penggunaan tenaga elektrik bagi barangan tersebut.

Label ni selalunya terdapat pada produk atau peralatan elektrik seperti TV, peti sejuk, air cond, kipas angin rumah. Tahap kecekapan tenaga peralatan tersebut dilabel star-rating. Lagi banyak star-rating maksudnya cekap penggunaan tenaga pada peralatan tersebut serta semakin jimat penggunaan tenaga. Selain itu label tersebut bermaksud barangan elektrik itu telah dilulus dan selamat untuk digunakan.

4. Energy Saving Power Outlet

Ni lagi satu cara kami nak kongsikan. Bagaimana nak jimatkan bil elektrik rumah dan pada masa yang sama juga boleh membuatkan peralatan elektrik di rumah untuk tahan sebanyak 1.5 kali lebih lama. Semua ini boleh dicapai dengan penggunaan Electricity Saving Box. Dengan adanya Electricity Saving Box ni, ianya mampu mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan di rumah sebanyak 40%. Ada bermacam-macam jenis Electricity Saving Box yang terdapat di kedai-kedai rasmi peralatan elektrik, jadi pastikan korang membeli dengan bijak dan cari yang betul-betul sesuai untuk digunakan dirumah.

5.  Lampu LED

Last but not least, cara yang paling khusus kalau nak kurangkan bil api di rumah korang. Pastikan setiap bilik ataupun ruang di rumah korang dilengkapkan dengan lampu mentol LED yang didatangkan dengan feature energy saving, antaranya seperti lampu mentol ‘pendaflour’. Untuk ruang yang menggunakan cahaya yang lebih lama seperti di garaj rumah, ruang tamu, luar pagar rumah, lampu mentol LED ini memang sesuai untuk digunakan dalam jangka masa yang lama (lebih dari 6 jam).

Kita dah masuk zaman yang boleh dikatakan agak modern. Jadi banyak produk atau peralatan isi rumah yang menggunakan tenaga eletrik kini didatangkan dengan salah satu feature energy saving. Ada banyak jenis peralatan ini yang diciptakan khas dengan fungsi penjimatan kuasa elektrik apabila digunakan seperti lampu, TV, vacuum, mesin basuh, air cond dan kipas  aingin rumah. Jadi jika nak beli peralatan elektrik di rumah, pilih dan belilah dengan bijak.

KATALAKI: Kipas siling zaman sekarang banyak yang stylo-stylo tau

Last modified: 25 July 2019