[PREVIEW DRAFT] Kisah Sebenar Disebalik Karya Gundala

Uncategorized

Rasanya bila tanya je tentang superhero yang korang kenal, semestinya nama-nama superhero yang biasanya dilontarkan adalah sama ada Superman, Batman, Spiderman, Thor, Captain America dan ramai lagi watak-watak superhero Marvel Cinematic Universe. Tapi rasanya juga tentu ramai yang dah tahu tentang kewujudan watak-watak superhero dari Asia. Ya, kalau korang nak tahu, superhero dari Asia juga wujud.

Superhero Asia yang dimaksudkan adalah watak-watak superhero ciptaan dari Negara jiran kita iaitu Indonesia. Watak-watak superhero tersebut merupakan watak-watak daripada filem berjudul “Gundala”, sebuah filem terbaharu arahan sutradara terkenal Joko Anwar yang dikenali dengan karya-karya filem yang hebat seperti “Pengabdi Setan”, “A Copy Of My Mind”, “Janji Joni” dan banyak lagi. Sebelum Thelaki bercerita lebih panjang mengenai filem superhero Gundala yang bakal ditayangkan di Malaysia tak lama lagi, Mari kita tahu serba sedikit tentang sinopsis filem Gundala.

SINOPSIS GUNDALA

Filem Gundala mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sancaka (Abimana Aryasatya) yang pada suatu malam disambar kilatan petir yang mengubah dan memberinya kuasa sakti dengan nama Gundala. Dengan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kuasa kilatan petir daripada badannya, Gundala muncul sebagai pahlawan yang membela kebenaran dan melawan kejahatan bersama pahlawan yang lain seperti Merpati, Godam, Aquanus dan Sri Asih. Filem Gundala ini juga turut dibintangi oleh aktor dan aktres ternama Indonesia seperti Abimana Aryasatya, Tara Basro, Cecep Arif Rahman serta turut menampilkan pelakon tanah air kita sendiri iaitu Bront Palarae yang memegang watak antagonis yang dikenali sebagai Pengkor.

GUNDALA TOKOH KARYA ERA 60AN

Asal usul watak adiwira bernama Gundala bermula pada tahun 1969 dengan kemunculan komik “Gundala Putra Petir” yang pertama kali diterbitkan dibawah syarikat penerbitan Kencana Agung dalam industri komik Indonesia hasil karya ciptaan penulis bernama Harya Suraminata atau dikenali sebagai Hasmi. Hasmi merupakan antara tokoh yang dikenali ramai dikalangan penulis dan pencipta komik di Indonesia oleh kerana karya Gundala ciptaan beliau.

Harya Suraminata atau Hasmi lahir pada 25 Disember 1946 dan menghembuskan nafas terakhir pada 6 November 2016. Sepanjang penglibatannya di industri seni Indonesia. Hasmi merupakan seorang seniman dan penulis skrip yang amat dihormati. Selain ciptaan karya Gundala, Hasmi juga turut berkarya sebagai penulis skrip untuk beberapa filem terkenal Indonesia bahkan turut menjadi pelakon untuk beberapa sinetron di Indonesia.    

Sepanjang era kegemilangan Gundala, terdapat sebanyak 23 judul buku siri Gundala diterbitkan dari tahun 1969 sehingga tahun 1982. Namun siri komik Gundala Putra Petir berakhir pada tahun 1982 dengan buku terakhir yang diterbitkan berjudul “Surat Dari Akherat”. Siri Gundala Putra Petir merupakan siri komik hasil ciptaan Hasmi yang paling dikenali. Setelah siri komik Gundala Putra Petir tidak diterbitkan lagi, pada tahun 1988 siri Gundala Putra Petir muncul kembali sebagai komik strip yang diterbitkan di akhabar Jawa Pos, namun siri komik strip tersebut tidak bertahan lama.

Sebelum tercetus populariti Gundala Putra Petir. Hasmi muncul dengan karya komik fantasi dengan watak bernama Maza pada tahun 1988. Selain Gundala dan Maza, Hasmi juga turut berkarya untuk watak-watak komik adiwira yang lain seperti Agni, Aquanus, Garuda Putih, Jin Kartubi, Kapten Bandung, Kapten Halilintar, Kapten Indonesia, Sri Asih, Putri Bintang, Laba-laba Merah dan banyak lagi. Namun Gundala tetap menjadi watak superhero yang amat popular dan dikenali ramai dikalangan pengiat dan pengemar komik Indonesia.

Gundala meraih populariti dikalangan pengemar komik Indonesia kerana watak Gundala kerap dipinjamkan dalam siri komik Indonesia yang lain oleh pencipta komik. Dengan latar belakang kota Yogyakarta, watak superhero Gundala selalu dipinjamkan dalam komik-komik superhero Indonesia yang lain seperti kemunculan Gundala dan Godam dalam siri komik Laba-laba Maut ciptaan Djoni Andrean.

Pinjam meminjam watak-watak superhero dalam siri komik superhero Indonesia merupakan kebiasaan buat industri komik pada tahun 60an kerana ianya merupakan salah satu cara untuk mereka mengeratkan silaturahim antara pencipta dan pelukis komik, ianya juga cara untuk mereka mempromosikan watak-watak komik yang lain supaya pembaca lebih mengenali dan mengetahui watak-watak superhero ini.   

GUNDALA PUTRA PETIR KISAH SEBENAR!

Bila sebut superhero yang mempunyai kuasa sambaran petir, tentu korang akan ingat watak Gundala ini seakan seperti watak Thor bukan? Sebenarnya TIDAK dan SALAH sama sekali. Gundala membawa maksud bererti “Petir”, menurut isteri kepada Hasmi dalam sebuah interview, watak Gundala tercetus dan berinspirasi daripada sebuah kisah cerita rakyat Jawa tentang seorang guru spiritual yang dikenali sebagai Ki Ageng Selo.

Kisah cerita rakyat lama yang berlaku pada tahun 1466 Masehi mengenai tokoh ataupun guru spiritual Ki Ageng Selo yang dikenali kerana mempunyai kuasa untuk menangkap petir. Melalui kisah Ki Ageng Selo ini telah mencetuskan sebuah idea daripada Hasmi untuk menciptakan Gundala atau pada awalnya digelarkan sebagai “Gundolo” namun nama tersebut diubah kepada “Gundala” untuk menyedapkan sebutan pada nama tersebut.

Terdapat beberapa versi tentang kisah lagenda rakyat Ki Ageng Selo atau juga dikenali sebagai Bagus Sogom ini, salah satu versi tentang tokoh Ki Ageng Selo yang benar benar terjadi menurut sebahagian masyarakat Jawa dimana Ki Ageng Selo telah menangkap petir yang lalu diberikan kepada Kesultanan Demak sebagai tawanan, namun petir yang ditangkap berjaya melepaskan diri.

Kisah kehebatan Ki Ageng Selo ini turut diabadikan pada pintu masuk Masjid Agung Demak yang dikenali sebagai “Lawang Bledheg” yang membawa maksud sebagai “Pintu Petir” kerana terdapat hiasan ukiran berbentuk kepala binatang bergigi runcing yang melambangkan petir yang pernah berjaya ditangkap oleh Ki Ageng Selo. Hingga hari ini, terdapat kepercayaan masyarakat Jawa yang mengaku bahawa diri mereka adalah cucu Ki Ageng Selo untuk mengelakkan agar tidak disambar petir apabila berada di kawasan cuaca guruh.

GUNDALA BUKAN FILEM PERTAMA SUPERHERO INDONESIA

Filem Gundala dibawah arahan pengarah tersohor Joko Anwar telah pun ditayangkan di Indonesia pada 29 Ogos 2019. Dengan filem arahan Joko Anwar ini, ia membuka sebuah lagi alam semesta baharu dalam industri perfileman Indonesia yang dikenali sebagai “Jagat Sinema Bumilangit” dimana ia sudah pun merancang untuk menempatkan filem-filem untuk watak adiwira seperti Godam, Sri Asih, Aquanus dan yang lain-lain.

Tetapi sebenarnya filem Gundala arahan Joko Anwar ini bukanlah filem pertama yang diterbitkan untuk watak adiwira Gundala. Filem adaptasi pertama daripada komik Gundala Putra Petir pernah diterbitkan pada tahun 1981 dibawah arahan pengarah Lilik Sudjio. Filem berjudul “Gundala Putra Petir” menampilkan Tedy Purba, Ami Prijono dan W.D. Mochtar. Dalam filem Gundala Putra Petir tahun 1981, ianya menceritakan tentang seorang ilmuan Sancoko yang berjaya menemukan serum anti-petir. Jadi penceritaan Gundala Putra Petir versi 1981 dan Gundala versi arahan Joko Anwar agak sedikit berbeza.

Image via: https://bumilangit.com/

Dengan kehadiran Joko Anwar menduduki kerusi pengarah untuk filem remake adaptasi siri komik Gundala dengan tajuk “Gundala: Negeri Ini Butuh Patriot”, ianya berjaya ditayangkan di Toronto International Film Festival untuk tahun 2019. Menurut detik.com, Gundala adalah kick-off filem superhero pertama yang diperkenalkan dalam siri Jagat Sinema Bumilangit, terdapat 9 lagi filem watak superhero yang bakal diterbitkan dibawah syarikat produksi Bumilangit yang bakal menemui peminat dilayar perak, antaranya Si Buta dari Gua Hantu, Godam, Maza, Virgo, Sri Asih, Tira, Aquanus, dan Mandala. Filem Gundala ini juga dilaporkan akan kembali dengan sebuah sequel yang diberi judul “Gundala Putra Petir” namun tiada lagi infomasi tentang tarikh tayangan ataupun barisan pelakon untuk filem ke-2 tersebut.

Gundala merupakan karya komik lagenda hasil ciptaan tokoh komik ternama Indonesia Harya Hasmi Suraminata yang kini dibangkit dan diadaptasi ke layar perak hasil garapan pengarah terkenal Joko Anwar dengan barisan pelakon Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu serta pelakon tempatan, Bront Palarae. Jangan lupa saksikan di pawagam seluruh Malaysia pada XX XXX XXXX.

** INSERT MOVIE POSTER HERE **

KATALAKI: Tak sabar nak tengok Sri Asih, Dewi Api ngan Aquanus weyhh!

Last modified: 2 December 2019