(PREVIEW DRAFT) Nak Usha Kereta? Nak Layan Konsert? Ini Sebab Korang Kena Datang Karnival MyPeroduaNation

Uncategorized

Bukan main seronok bila 3 minggu berturut-turut ada long weekend. Tapi minggu ni semua dah mula cemas bila terbayang Isnin minggu depan dah mula bekerja macam biasa. Tak boleh ke setiap minggu kita mula bekerja hari Selasa?! Tapi korang jangan serabut dulu, sebelum kita kena tempuh hari bekerja pada hari Isnin minggu depan, ada sesuatu yang besar dan gempak akan berlangsung pada 20 sehingga 22 September 2019 iaitu karnival MYPerodua Nation 2019 yang kini kembali untuk tahun ke-3!

Image Via : perodua.com.my

Mungkin ada yang belum tahu lagi apa sebenarnya yang akan ada kat MYPerodua Nation 2019 di Oval Lawn, Setia City Mall, Setia Alam. Jadi, kali ni kami nak kongsikan mengenai sebab kenapa korang kena datang ke karnival MyPerodua Nation 2019. Let’s go!

Yang pertama, dah semestinya korang boleh tengok sendiri depan mata dan boleh gak nak membelek-belek kereta-kereta baru keluaran Perodua. Kalau nak beli kereta Perodua sama ada Axia, Bezza, Myvi, Alza atau Aruz, masa ni lah yang paling sesuai dan bijak untuk dapatkan promosi eksklusif yang ditawarkan oleh Perodua. Penasihat kewangan dan wakil daripada syarikat insurans pun ada disediakan kat karnival MYPerodua Nation 2019 untuk memudahkan lagi proses pembelian. Yang paling menarik perhatian kami, boleh gak tengok kereta Perodua X-Concept dan Myvi GT Concept kat karnival MYPerodua Nation 2019 nanti.

Image Via : perodua.com.my

Untuk yang bercadang nak datang dengan keluarga ataupun kawan-kawan, jangan pening-pening takut anak atau adik nanti bosan tak tahu nak buat apa masa korang tengah pilih nak beli kereta yang mana. Ada gak aktiviti yang korang boleh join kat karnival MYPerodua Nation 2019 nanti antaranya Bungee Trampoline, Trike Bike Drift, VR Simulator dan banyak lagi lah. Sambil-sambil tu, korang boleh gak masuk ruang pameran Perodua Journey Experience yang menunjukkan perjalanan Perodua sebagai pengeluar kereta tempatan terbesar sepanjang 26 tahun.

Image Via : perodua.com.my

Dah settle beli barangan kereta-kereta Perodua dan belajar pasal sejarah Perodua, korang boleh chill jap lepas tu untuk layan persembahan daripada artis-artis ternama Malaysia selama 3 hari berturut-turut. Yang paling best sekali, line-up untuk konsert yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut ni bukan calang-calang tau. Kita ada Aman Ra, Hujan, Naim Daniel, Misha Omar, Neon, Bunkface, Eh ramai lagi lah. Nah ni kami sediakan siap-siap jadual persembahan konsert MYPerodua Nation 2019 untuk korang.

Image Via : perodua.com.my

Untuk menggoda lagi korang supaya datang ke karnival MYPerodua Nation 2019 yang akan berlangsung pada 20 sehingga 22 September 2019, bawah ni antara tawaran istimewa yang korang boleh dapat hanya di karnival MYPerodua Nation 2019.

Image Via : perodua.com.my

KATALAKI: Ini baru sikit, kalau nak tahu lebih lanjut. Korang kena make sure datang ke karnival MyPeroduaNation yang akan berlangsung pada 20 September 2019 di Setia Alam, Setia City Mall. Selain boleh layan kereta-kereta Perodua, boleh gak menang bermacam-macam hadiah kat sana nanti!

Last modified: 17 September 2019