Pro Esport Players Paling Berjaya Di Malaysia!

Collab, Game, Tech

Walaupun netizen masih lagi pelik macam mana orang sekarang boleh buat duit dengan main game, peminat-peminat Esport sudah pun tahu yang jadi seorang yang handal bermain video game seperti Dota 2 dan Mobile Legends: Bang Bang mampu menjadikan seseorang itu kaya!

Esport di Malaysia sekarang ini pun makin lama semakin berkembang. Boleh dikatakan scene Esport sekarang memang scene yang menguntungkan untuk diceburi. Dengan sokongan daripada kerajaan dan brand-brand besar yang banyak support scene Esport di Malaysia sekarang, memang tak pelik bila makin ramai remaja yang menyimpan niat untuk menjadi seorang pro Esport players.

Bila bercakap tentang duit, tahukah korang yang berdasarkan info daripada esportearnings.com, Malaysia berada pada tangga ke-16 untuk negara yang mempunyai pendapatan tertinggi daripada tournament Esport. Malaysia berjaya mengumpul pendapatan terkumpul sebanyak USD7,521,410.67 dengan hanya 465 Esport players.

Itu baru tengok berdasarkan negara, kalau kita tengok berdasarkan player dari seluruh negara pula, Malaysia mempunyai beberapa player didalam senarai 100 Esport player paling kaya di dunia bro. So aku ingat aku nak share dengan korang beberapa top Esport players dari Malaysia!

MidOne

Image via: MidOne

MidOne atau nama sebenarnya Yeik Nai Zheng merupakan seorang professional Dota 2 Esport player yang sekarang ini bermain dibawah Team Secret yang berasal dari Eropah. MidOne telah bertanding dalam 43 tournaments dan kemenangan terbesar yang dia dan team dia pernah menang adalah daripada tournament The International 2016 yang mana dia membawa pulang USD290,786.40.

Buat masa ini, MidOne merupakan Esport player ke-56 paling kaya seluruh dunia dan berada di tangga pertama Esport player paling kaya di Malaysia. Jumlah keseluruhan yang dia berjaya bawa pulang daripada 43 tournament adalah sebanyak USD1,189,374.27!

xNova

Image via: xNova

Jian Wei Yap atau lebih dikenali sebagai xNova adalah seorang pro Esport player bagi permainan video Dota 2. Dia sekarang ini sedang bermain dibawah salah satu team Dota 2 yang terkenal iaitu team LGD Gaming.

xNova telah bertanding dalam 24 tournament dan kemenangan terbesar dia dan team LGD Gaming berjaya bawa pulang adalah sebanyak USD817,029.60 daripada tournament The International 2018. Buat masa ini, xNova berada pada tangga ke-60 Esport player paling kaya dan berada pada tangga kedua Esport player paling kaya di Malaysia.

Mushi

Image via: Mushi

Sebut sahaja nama Mushi memang semua pemain permainan video Dota 2 kenal siapa dia. Chai Yee Fung atau dikenali sebagai Mushi diantara peminat Dota 2 ini sedang bermain dibawah Team Aster yang berasal dari China.

Pada January 2014, Mushi telah berjaya mencapai USD100,000 pertama beliau selama beliau menjadi pro Esport player setelah dia berjaya membawa pulang USD33,046.93 bila dia dan team beliau mendapat tempat pertama dalam WPC ACE Dota 2 League. Buat masa ini Mushi berada pada tangga ke-66 antara pro Esport player paling kaya dan berada ketiga terkaya di Malaysia.

Akademi E-Sukan !

Kalau korang tengok cara gameplay dorang ini semua, memang tak terkejutlah dorang boleh jadi jutawan dengan bermain permainan video dan bertanding dalam Esport tournament. Kalau nak jadi sehebat dorang dan nak tahu dengan lebih lanjut tentang scene Esport ini, apa kata korang check out The Academy of Esport. Dekat sini korang akan dapat belajar tentang professional Esport player, Streamer development dan juga Esport event management.

Bagi korang yang berada di sekitar Johor, korang bernasib baik sebab pada 30 dan 31 March ini, The Academy of Esport dan Iskandar Investment Berhad ada menganjurkan akan menganjurkan Iskandar Investment Esports Carnival di Educity Sport Complex, Iskandar Puteri Johor.

Terdapat banyak benda yang korang boleh buat di Carnival selama dua hari ini. Antaranya seperti memantapkan skill korang bermain Dota 2 dan CS:GO dengan professional coaches terbaik selain itu Pengunjung boleh mengenali bidang Esports dgn lebih terperinci. Banyak juga peluang karier dan perniagaan Esports boleh diterokai. Esports Bootcamp dan pelbagai hiburan dianjurkan waktu Esports Carnival nanti. Terdapat juga beberapa tournament yang korang boleh join seperti tournament PUBG Mobile, Dota 2, CS:GO dan FIFA 19 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM50,000.

THELAKI NAK BELANJA KERUSI GAMING!

Gambar sekadar hiasan – Image via: https://www.gamingscan.com

Bersempena dengan Iskandar Invesment Esports Carnival, kitorang di Thelaki nak belanja korang sebuah kerusi gaming DXRacer Formula Series khas untuk para peminat sukan Esports! Korang hanya perlu jawab soalan mudah dan senang dibawah ini untuk peluang memenangi 1 kerusi gaming DXRacer Formula Series. Tarikh giveaway ini sampai 5 April 2019 sahaja tau, maka masuk jangan tak masuk. Pastikan jawapan adalah yang tepat dan betul!

Kerusi Gaming DXRacer Formula Series GIVEAWAY!

KATALAKI: Siapa sangka main game boleh jadi kaya kan?

Last modified: 23 April 2019