Product Pertama Dijual Oleh Steve Jobs?

Sembang

Siapa saja yang tidak kenal mendiang Steve Jobs, orang yang bertanggungjawab mencipta dan membina syarikat Apple. Kalau ditanya product pertama yang dijual oleh Steve Jobs, mesti ramai yang akan jawab Apple Computer 1 atau lebih dikenali sebagai Apple I, iaitu sebuah desktop computer.

Tapi sebenarnya, itu bukanlah product pertama yang dijual oleh Steve Jobs. Product pertama yang dijual oleh Steve Jobs adalah satu product yang dipanggil Blue Boxes. Tapi kenapa product ini tidak pernah dicerita kepada orang ramai? Well untuk pengetahuan korang, product ini boleh dikatakan satu product yang tidak sepatutnya wujud dan penjualannya sebenarnya telah melanggar undang-undang. Senang cerita first product yang dijual oleh Steve Jobs adalah satu product yang illegal!

Apa sebenarnya Blue Boxes ini? Blue Boxes ini merupakan satu product yang membolehkan pengguna menggunakan route panggilan korang ke mana sahaja. Senang cerita macam korang guna VPN untuk sorok korang punya IP bila korang menggunakan internet.

Blue Boxes ini telah dicipta oleh rakan baik Steve Jobs dan co-founder Apple iaitu Steve Wozniak pada tahun 1972. Mereka berdua dapat tahu tentang teknologi ini daripada seorang Phreaker (phone hacker), John “Cap’n Crunch” Draper. Cara Blue Boxes ini berfungsi agak menarik sebenarnya.

Bila korang membuat panggilan long distance, korang boleh menggunakan Blue Boxes ini untuk memasuki Operator Mode. Selepas memasuki Operator Mode, korang boleh route korang punya panggilan ke mana sahaja yang korang nak tanpa perlu membayar apa-apa dan yang bagusnya panggilan korang tidak akan dapat dikesan.

Dan disebabkan itu, teknologi Blue Boxes ini selalunya digunakan oleh penjenayah bagi menyukar pihak berkuasa mengesan panggilan dorang. Wozniak memberitahu dia hampir berjaya untuk prank call Pope dengan menyamar sebagai Henry Kissinger namun Pope tidak mengangkat panggilan tersebut kerana dia sedang tidur.

Tapi John Draper berjaya prank call President Nixon yang ketika itu masih berkhidmat sebagai President of America. Melihat product ini mampu memberikan pulangan yang lumayan, Steve Jobs berjaya memujuk Wozniak untuk membuat beberapa Blue Boxes dan menjualnya secara haram. Mereka berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD6,000 pada masa itu sebelum mereka hampir diberkas oleh pihak berkuasa.

Sejak pertengahan tahun 1990, Blue Boxes tidak lagi dibina dan digunakan kerana pada masa itu hampir semua negara telah mula menggunakan digital system dan tidak lagi menggunakan in-band signaling yang biasa di exploit oleh Blue Boxes.

KATALAKI: Jadi lepas ni kalau orang tanya apa product pertama dijual oleh Steve Jobs, korang tahulah nak jawab ape hahaha!

Last modified: 12 November 2019