Produk Genius Di Zaman Genius, Genius Je Yang Pakai

Gadget, Tech

Dunia yang semakin canggih sekarang ni, produk yang dipasarkan untuk kita beli pun semakin canggih. Kalau korang perasan, ada benda yang dijual, kita tak faham pun apa gunanya kalau tengok dari luaran. Tapi sebenarnya sangat-sangat berguna untuk kita semua. Kali ni kami dah kumpulkan produk-produk yang rare, pelik dan genius untuk kegunaan manusia.

Chambong

Kalau korang baru pertama kali dengar, Chambong ialah gabungan daripada perkataan champagne dan bong yang membolehkan pengguna minum air dengan laju dan penuh stylo.

Tak semestinya korang guna Chambong ni untuk minum champagne je. Nak minum air sirap pun boleh.

Neck Phone Holder

Kaki Netflix atau pun kaki YouTube mesti gembira lepas terhasilnya produk ni.

Sebenarnya bukan boleh gantung kat leher je produk ni. Kalau korang nak letak kat atas meja atau atas katil pun boleh je.

Armpit Pads

Untuk geng-geng ketibas, akhirnya ada gak produk yang dihasilkan untuk korang.

Fenomena ketiak basah atau leaking bukannya benda yang pelik pun. Peluh yang keluar daripada badan korang tu bertujuan untuk membuang sisa toksik dalam badan.

Ada gak yang memang jenis ketiak senang betul berpeluh. Boleh try produk ni.

Hug Me Pillow

Yang suka sangat tidur bawah ketiak mak atau wife masing-masing, boleh standby bantal ni siap-siap kalau dorang merajuk atau outstation.

Tidur korang akan sentiasa berbantalkan lengan. Tapi produk ni lebih sesuai digunakan untuk perempuan sebenarnya sebab bentuk atau design bantal tu macam lengan lelaki. Kalau korang tak kisah, selamba je la.

Lazy Football Chair

Makan bola, tidur bola, nak duduk pun mesti kena bola gak.

Produk ni berasal dari Itali dan dicipta oleh Emanuele Magini, pernah dipamerkan kat Milan Design Week pada tahun 2012.

KATALAKI: Neck Phone Holder dengan Football Chair paling mengancam untuk dibeli dan dicuba.

Last modified: 11 September 2019