Sejak kebelakangan ini, pihak CIA telah mengeluarkan beberapa files rahsia yang dahulunya disimpan rapi kepada orang awam untuk dibaca. Di dalam files ini terdapat beberapa rahsia yang agak menakutkan dan juga beberapa experiment yang cuba dilakukan oleh pihak CIA pada masa dulu.

Image Via: https://www.theyeshivaworld.com
Contohnya untuk experiment ini, dorang banyak mengkaji benda-benda yang pelik yang sukar untuk dipercayai. Tapi ada juga beberapa kajian dorang yang boleh dikatakan agak memalukan. Jadi hari ini aku nak share dengan korang beberapa experiment dan misi pelik yang cuba dilakukan oleh pihak CIA sebelum ini.
PSYCHIC ABILITIES

Image Via: https://steemit.com
Sehingga sekarang, pihak CIA masih lagi percaya tentang psychic abilities dan mereka tahu dengan mengkaji tentang kebolehan ini ia dapat memberikan manfaat kepada kerajaan dorang. Menurut laporan CIA, mereka juga percaya yang pihak Rusia juga sedang mengkaji tentang benda yang sama.

Image Via: https://www.powerofpositivity.com
Dari tahun 1969 sehingga tahun 1971, pihak CIA percaya yang Rusia sedang melatih askar-askar mereka dengan psychic abilities. Disebabkan ini, pihak CIA percaya yang dorang juga harus mengkaji tentang kebolehan ini demi keselamatan negara dorang. Antara program yang dorang cipta untuk kajian ini adalah Remote Viewing, Gondola Wish Program dan juga Star Gate Program.
ACOUSTIC KITTY

Image Via: https://www.thevintagenews.com
Salah satu program yang direka oleh pihak CIA dengan menggunakan haiwan. Program ini menunjukan pihak CIA juga untuk meletakan alat rakaman pada badan kucing dan melepas kucing-kucing ini dikawasan musuh bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting.

Image Via: https://tekbull.wordpress.com
Dalam program ini, pihak CIA akan melatih seberapa banyak kucing untuk patuh pada arahan mereka sahaja. Untuk program ini mereka mengambil masa lebih daripada lima tahun hanya untuk memastikan dekat mana dorang nak letak alat rakaman pada badan kucing tersebut. Namun program ini menemui jalan buntu kerana tidak seperti anjing, kucing bukanlah seekor haiwan yang senang untuk dilatih.
MKULTRA

Image Via: http://www.gamerlandia.net
Program MKUltra ini bermula pada tahun 1953 dan diteruskan selama 10 tahun. Namun tidak banyak info yang dapat dikumpulkan tentang program ini kerana kebanyakan kertas kerja tentang program ini telah dihapuskan sendiri oleh pihak CIA sebelum ia ditunjukan pada orang awam.

Image Via: https://allthatsinteresting.com
Mostly program ini sebenarnya untuk mengkaji keberkesanan teknik mengawal minda. Dalam program ini, pihak CIA telah mencipta sejenis dadah yang dipanggil sebagai LSD. Demi memastikan program ini berjaya, mereka tidak mencubanya pada askar tapi kepada orang-orang awam. Disebabkan program ini, dua orang awam telah mati dan ini menyebabkan program ini terpaksa dihentikan serta-merta!
KATALAKI: Tak sangka dengan senjata yang canggih, dorang still percaya yang dorang boleh gunakan psychic abilities untuk kalahkan musuh.