PSPlus – Takde Game Free Dah?

Game, Tech

PSPlus free game untuk January 2019 dah pun keluar dia punya list. Sebelum tu aku nak tanya korang dah download belum free game untuk December, Kalau belum korang ada sampai 1 January 2019 so cepat download!

Ok berbalik kepada cerita pasal PS3 dan PS Vita punya free games. Yep start bulan March tahun depan, takda lagi free game dari PSPlus untuk kedua-dua console ni. Tapi korang masih boleh bermain gamegame yang still ada dalam library untuk kedua-dua console ni.

Walaupun Playstation kata start bulan March tapi untuk January 2019 hanya PS4 dan PS Vita saja yang dapat free games. Kesian pengguna PS3 tak dapat free games untuk January 2019. Tapi mungkin Playstation buat kejutan nanti so kita tunggu dulu sampai January tahun depan.

Untuk PSPlus free games January 2019, Pengguna PS4 akan dapat dua games yang boleh dikatakan agak menarik. Dua game yang korang akan dapat tu adalah Tom Clancy’s The Division dan juga Steep.

Tom Clancy’s The Division merupakan permainan aksi role-playing yang dihasilkan oleh Massive Entertainment dan dikeluarkan oleh Ubisoft. Dikeluarkan pada March 2016 untuk konsol PS4, Xbox One dan juga PC.

Aku belum pernah main lagi game ni tapi berdasarkan review daripada membermember bagitahu game ini agak menarik. Lagi-lagi sebab dia ade function multiplayer so korang main dengan membermember juga selepas korang settlekan solo story dia.

Dalam game ni korang akan bermain sebagai seorang special agent untuk Strategic Homeland Division. Tugas korang adalah untuk rebuild balik bandar Manhattan selepas satu virus telah tersebar. Korang perlu siasat macam mana virus ni boleh tersebar sambil melawan jenayah yang sedang berlaku dekat bandar ni.

Game kedua yang korang akan dapat adalah Steep. Steep merupakan permainan video sukan extreme salji yang dihasilkan oleh Ubisoft Annecy dan dikeluarkan oleh Ubisoft sendiri. Ianya telah dikeluarkan pada December 2016 untuk konsol PS4, Xbox One dan jugak PC.

Steep jugak merupakan game open world dan korang boleh explore bukit-bukit salji sesuka hati korang. Steep juga merupakan permainan video online yang mana korang boleh berjumpa dengan playerplayer lain dari seluruh negara.

Terdapat 4 main activities yang korang boleh lakukan dalam permainan video ini seperti Skiing, Wingsuit Flying, Snowboarding dan juga Paragliding. Koreng boleh pilih activities apa yang korang nak buat dekat menu wheel.

Game ni lebih kurang macam korang main Tony Hawk Pro Skaters lah. Yang mana sambil korang explore korang juga boleh buat trick dan setiap trick yang berjaya korang akan dapat point.

Untuk pengguna PS Vita, Korang akan dapat permainan video Severed dan khas untuk korang yang ada Playstation VR, Korang akan dapat Hikaru Utada Laughter in the Dark 2018 sempena pelancaran Kingdom Heart 3 yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Korang dapat melihat penyanyi legends ni perform lagu-lagu yang femes dalam permainan video Kingdom Heart seperti Hikari dan Chikai melalui Playstation VR! Pergh memang rasa macam korang ada dekat situ wey!

Kesemua benda free ni korang boleh start download bermula 10 January 2019 sehingga 6 February 2019. So korang jangan terlepas untuk download.

KATALAKI: Kalau korang tengah cari member nak main The Division tu bolehlah add aku punya PSN ID: CallMeMok hahaha!

 

KATALAKI: Aku rasa dorang stop bagi game dekat PS3 dgn PS Vita sebab PS5 yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. Aku rasa jelah hehe

Last modified: 31 December 2018