Punca Harimau Malaya Menganas

Aktif, Bola

Semalam riuh Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran lebih 80,000 penyokong Harimau Malaya turun padang menyaksikan perlawanan akhir peringkat kumpulan antara Malaysia dan Myanmar.

Kami Thelaki pun join kaki sekali turun ke stadium nak sokong Harimau Malaya! Masa kitorang sampai, Ultras Malaya pun baru je sampai dekat LRT Bukit Jalil. Seperti yang dijanjikan #EkorOnTrain, barisan hadapan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya datang menaikkan lagi semangat semua yang ada kat stadium dengan chanting dorang dari LRT Masjid Jamek sampai ke dalam stadium! Rasanya Ultras Malaya ni memang layak digelar pendekar Harimau Malaya sebab bayangkan lah, game belum start, player baru panaskan badan, Ultras Malaya dah start chanting sampai lah player masuk ke dressing room lepas habis game! Respect!

Tahniah Harimau Malaya sebab berjaya membuktikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ini tanah air kita! Malaysia akan bertemu dengan juara Group B di peringkat separuh akhir pertama pada 1 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pada 5 Disember di stadium pihak lawan.

Ketua jurulatih Myanmar, Antoine Hey pun mengaku pasukkannya kalah disebabkan suasana penyokong Harimau Malaya yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Ada beberapa lagi punca kekalahan Myanmar yang kami kaji selepas perlawanan semalam. Yang baca guna smartphone, silalah swipe ke atas.

Malaysia Main Memang Nak Menang

Sumber : foxsportsasia.com

Dari awal permainan lagi, dah boleh nampak taktikal menyerang sekerap yang boleh oleh ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe. Dengan mentaliti possesion football, Harimau Malaya nampak tenang dan yakin bila menyerang ke arah gol Myanmar. Sampai ada gak fans yang terjerit-jerit, “Wing back tinggi sangat tu! Turun lah sikit!”

Sumber : FAM

Taktikal Harimau Malaya kali ni nampaknya menjadi walaupun kadang-kala counter attack Myanmar agak bahaya. Tapi dengan barisan pertahanan dan penjaga gol Harimau Malaya yang fokus dan mantap, telur Myanmar di scoreboard sebijik pun tak pecah! Clean sheet bosskurr.

Sumber : FAM

Myanmar pula dari awal game bermain terlalu bertahan ke arah gawang sendiri sebab dorang nak keputusan seri je untuk layak ke separuh akhir. Bila Harimau Malaya dah score satu, baru lah Myanmar menggelupur cuba untuk lakukan beberapa serangan.

Penyokong Harimau Malaya Buat Myanmar Terketar-Ketar

Memang jelas, pasukan Myanmar agak gelabah dalam perlawanan malam tadi disebabkan penyokong Harimau Malaya yang membanjiri stadium. Beberapa passing yang dilakukan ada yang terlalu pendek, ada yang terlalu jauh dan terlalu cepat morale down bila Harimau Malaya score gol pertama. Pemain Myanmar mula main agak fizikal sikit, sampai la secara kasar menjatuhkan Safawi Rashid dalam kotak penalti.

Lepas separuh masa kedua baru lah Myanmar nampak tergesa-gesa untuk mencari gol dengan beberapa cubaan menyerang ke arah Harimau Malaya. Syabas pertahanan dan penjaga gola Harimau Malaya sebab memang kebal gilababs malam tadi!

Sumber : FAM 

Walaupun menang bergaya dengan Myanmar, tapi pasukan Harimau Malaya kena perbaiki juga beberapa kesilapan yang dilakukan masa game malam tadi. Separuh akhir nanti jumpa team yang hebat-hebat. Jadi, Malaysia kena improve lagi untuk jadikan team lain pula lauk untuk Harimau Malaya di separuh akhir nanti. Malaysia mungkin perlu lebih banyak membuat lorongan bola merbahaya atau through pass ke arah tiga penyerang di depan yang boleh lari dengan laju, contohnya Mohamadou Sumareh. Dah ada ramai player boleh lari laju ni apa lagi kan, guna betul-betul! Sekali lagi, tahniah Harimau Malaya berjaya layak ke separuh akhir. Yeahh!

KATALAKI: Jom kita turun stadium ramai-ramai sekali lagi untuk game separuh akhir nanti!

Last modified: 30 November 2018