Punca Henrikh Mkhitaryan Tak Boleh Ke Final Liga Europa

Aktif, Bola

Selepas Arsenal berjaya layak ke final UEFA Europa League yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Mei 2019 nanti, ada satu masalah yang dihadapi oleh Arsenal iaitu pemain tengah Arsenal, Henrikh Mkhitaryan mungkin tak dapat datang ke final Europa League yang akan diadakan di Baku, Azerbaijan. Apa punca sampai tak boleh nak datang? Padahal dah layak ke final. Bukan senang.

Untuk info, negara Armenia dan Azerbaijan sekarang ni masih lagi mengalami masalah politik sejak dari tahun 1918. Takde hubungan diplomatik antara Armenia dan Azerbaijan. Ni la punca Henrikh Mkhitaryan susah untuk pergi ke final Europa League di Baku, Azerbaijan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Henrikh Mkhitaryan (@micki_taryan) on

Tapi sebelum ni, jurucakap kepada kementerian luar negeri Azerbaijan, Leyla Abdullayeva ada bagi tahu yang dah banyak acara sukan yang diadakan di Azerbaijan dan ramai atlet Armenia yang turut sama mengambil bahagian dalam acara sukan tersebut. Politik dan sukan berbeza.

Image Via : dailymail.co.uk

Masa perlawanan peringkat kumpulan Europa League sebelum ni, Arsenal dah pernah datang Azerbaijan untuk menentang pasukan Qarabag FK. Dalam perlawanan tersebut, takde penampilan daripada Henrikh Mkhitaryan.

Image Via : arsenal.com

Setakat hari ni, 17 Mei 2019, takde lagi pengumuman rasmi daripada Arsenal pasal kedatangan Henrikh Mkhitaryan ke Baku, Azerbaijan. 30 Mei nanti, jam 3.00 pagi waktu Malaysia, Arsenal akan menentang Chelsea di final Europa League. Korang rasa team mana yang boleh menang nanti ni? Susah gak nak agak siapa boleh menang.

LATEST UPDATE

KATALAKI: Kalau Mkhitaryan tak dapat main, Mesut Ozil ada. Cuma kesian la Mkhitaryan kalau tak dapat datang enjoy final dengan player Arsenal yang lain.

Last modified: 23 May 2019