Punca: Kenapa Lelaki Dewasa Suka Kumpul Mainan?

Sembang

Tak kisah la apa mainan pun, termasuklah kereta Hot Wheels ke, figura Star Wars ke, Marvel ke, Tamiya ke, Pokemon ke, korang namakan je apa-apa mainan, mesti ada lelaki dalam kalangan kawan-kawan korang ada hobi mengumpul barang mainan.

Kadang-kadang tu bukan mainan je, ada juga yang kumpul jam, kasut, topi, lighter dan macam-macam lah. Tapi kali ni kita nak fokus kepada punca kenapa lelaki suka sangat kumpul mainan. Bukan kanak-kanak lelaki, tapi lelaki dewasa. Ada yang kadang-kadang dah siap asingkan duit gaji untuk beli mainan yang nak dibeli setiap bulan. Korang yang baca artikel ni salah seorang pengumpul atau orang yang tengah tertanya-tanya apa sebab lelaki suka kumpul mainan? Jom kita belah, hiris dan kupas satu-satu antara sebab kenapa kumpul mainan menjadi hobi oleh seorang lelaki dewasa.

Cita Rasa

Setiap manusia kat dunia ada minat dan cita rasa yang berbeza. Ada sesetengah pengumpul yang excited bila tunggu keluaran terbaru barang yang dikumpul. Contohnya mainan Hot Wheels, ada beberapa kereta yang dikeluarkan mengikut edisi tertentu dalam beberapa siri. Pengumpul akan bersungguh-sungguh cari mainan tersebut untuk kumpul kesemua siri yang dah dipasarkan. Bila berjaya kumpul, fuhh dia punya puas hati tu lain macam.

Nostalgia

Ada juga pengumpul yang ada memori dan sentimental value dengan sesuatu mainan tu. Kalau korang yang bukan pengumpul pun, mesti ada perasaan sentimental value dengan satu benda contohnya kereta atau motor. Korang sayang nak jual kat siapa-siapa sebab motor atau kereta tu la korang beli guna gaji pertama, kereta tu juga korang guna masa bersusah-payah pergi balik kerja dan banyak lagi lah kenangan. Macam tu juga dengan pengumpul mainan. Ada yang kumpul figura Star Wars sebab kita pun tahu betapa besarnya empayar Star Wars dan filem Star Wars pun dah ditayangkan sejak tahun 1977. Berapa lama dah tu. Dengan kumpul mainan Star Wars boleh mengimbas kembali kenangan-kenangan pengumpul masa zaman kanak-kanak dulu.

Keseronokan Memburu

Ada juga sesetengah mainan yang bukan boleh dibeli macam nak beli smartphone atau laptop. Kuantiti yang dipasarkan tak banyak. Ada juga keluaran mainan yang dipasarkan ialah special edition. Kat sini la datangnya nilai eksklusif tu. Pengumpul semakin berkobar-kobar untuk cari mainan yang dorang dah aim. Bukan semua kedai ada jual pula tu. Ada yang sampai sanggup travel ke luar negara semata-mata untuk dapatkan mainan yang dicari. Semakin susah nak dapatkan, semakin seronok pengalaman pengumpul untuk dapatkan sesuatu mainan yang dicari.

Duit

Hobi mengumpul mainan ni juga sebenarnya memerlukan budget yang banyak. Ada mainan yang memang rare gila, harga boleh mencecah beribu-ribu. Tapi pengumpul bukan la saje-saje nak keluarkan duit yang banyak untuk beli mainan yang nak dikumpul. Ada pengumpul yang gunakan hobi mengumpul mainan sebagai pelaburan. Contohnya mainan Star Wars special edition keluaran tahun 2015 dibeli dengan harga RM1,000. Pada tahun 2019, mainan tersebut boleh dijual balik dengan harga dua atau tiga kali ganda disebabkan nilai eksklusif yang tinggi. Sebab tu ada sesetengah pengumpul yang memang bersungguh cari mainan yang paling rare untuk dijual semula pada masa akan datang.

Tarmac, Greenlight, Hot Wheels & Tomica

Kami sempat temubual sendiri bro Shafiq dan bro Khairil, antara pengumpul kereta mainan yang masih lagi aktif kat Malaysia. Shafiq dan Khairil katanya baru start terlibat kumpul mainan pada tahun 2016. Dah 3 tahun ni, jom kita tengok antara koleksi mainan dorang.

Menurut Shafiq, setiap pengumpul kereta mainan ada cara masing-masing. Kalau untuk Shafiq sendiri, lebih suka mengumpul atau hunting kereta mainan yang memang dah lama aim untuk beli. Sesetengah pengumpul lain ada yang suka kumpul untuk lengkapkan siri mainan yang dikumpul.

Shafiq mula terjebak dalam mengumpul mainan sejak ternampak kereta mainan yang gunakan grafik Gulf Oil. Macam dalam gambar kat bawah ni. Bila kami tanya kereta mana yang bro Shafiq paling tak nak dijual, paling sayang la senang cte, kereta yang gunakan grafik Gulf Oil ni gak yang bro Shafiq tunjukkan.

Berbeza dengan Shafiq, kalau bro Khairil lak, lagi suka kumpul mainan kereta sampai lengkap setiap siri mainan yang dikumpul dan bro Khairil lebih minat dengan kereta buatan Jepun. Ni mesti fanboy Miyabi ni.

Khairil pernah sampai ke Thailand semata-mata sebab nak hunting punya pasal. Katanya kat Thailand lagi senang dapat kereta-kereta yang rare. Mungkin sebab kat Thailand tak ramai collector kereta mainan. Kami tanya gak tahap ketaksuban bro Khairil dengan hobi kumpul mainan ni. Katanya sekarang ni pantang nampak kompleks yang old school, mesti nak pergi usha gak kat dalam kot-kot ada kedai mainan. Lepak keluar makan kejap pun mata melilau je cari kalau ada terlalu kedai mainan. Gambar kat bawah ni dua biji kereta yang memang takkan bro Khairil jual. Sayang tahap gaban ni.

Wife tak bising ke? Bro Shafiq dan bro Khairil bagi jawapan yang sama. Mula-mula start kumpul, wife bising banyak tanya, tak nak rumah bersepah dan macam-macam lah. Bila dah lama-lama, wife lak sekarang ni yang sibuk nak pergi hunting. Steadyyy.

Hobi mengumpul mainan sebenarnya memang takkan hilang di dunia. Mesti sentiasa akan ada penyambung legasi mengumpul mainan tak kisah la anak ke, kawan ke, pembeli ke. Lebih baik gila mainan daripada gila perempuan betul? Harap-harap isteri atau pun chinggey boleh la faham kalau ada bro yang memang hobi mengumpul mainan.

KATALAKI: Korang yang nak rasa macam mana hobi kumpul mainan ni, cuba try cari satu mainan yang senang dikumpul, kumpul sebanyak mana yang boleh. Tengok macam mana pergi dia.

Last modified: 11 March 2019