Punca Kenapa Pep Guardiola Selalu Stylo

Aktif, Bola

Bukan sahaja digelar salah seorang pengurus bola sepak terbaik sepanjang zaman, Pep Guardiola juga dikenali dengan cara berpakaian yang sentiasa mencuri perhatian penonton bola sepak sama ada semasa Pep Guardiola di tepi padang, dalam sidang media atau semasa waktu latihan bersama pemain-pemain. Pernah tak korang terfikir kenapa Pep Guardiola selalu berpakaian kemas?

 

View this post on Instagram

 

The best way to start a new season #communityshield #mancity

A post shared by PepTeam (@pepteam) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PepTeam (@pepteam) on

Sejak kali pertama memulakan karier sebagai pengurus bersama Barcelona pada tahun 2008, perkataan stylo dah mula melekat dengan Pep Guardiola. Ini semua disebabkan pertemuan antara Pep Guardiola dan Cristina Serra yang berlaku di sebuah butik mewah, dimiliki oleh keluarga Cristina Serra sendiri, dikenali sebagai Serra Claret terletak di Barcelona.

 

View this post on Instagram

 

Serra Claret on tour #paris #showrooms #lemarais #ss20 #fashionweek

A post shared by Serra Claret (@serraclaret) on

Kini, Cristina Serra merupakan isteri kepada Pep Guardiola. Cristina Serra yang dah mula terlibat dengan dunia fesyen sejak usia muda, merupakan pengaruh terbesar Pep Guardiola untuk sentiasa berpakaian kemas dan segak.

Sejak 12 tahun melibatkan diri sebagai pengurus yang membimbing pasukan bola sepak ternama dunia iaitu Barcelona, Bayern Munich dan kini Manchester City, Pep Guardiola dah pernah merasa menjadi juara liga di Sepanyol, Jerman dan England lebih daripada 2 kali. Kalau Pep Guardiola buat keputusan meninggalkan Manchester City suatu hari nanti, ramai yang menjangkakan Pep Guardiola akan berkhidmat di Serie A, Itali, memandangkan Pep Guardiola belum pernah lagi membimbing mana-mana pasukan yang berpangkalan di Itali dan Itali juga popular dengan jenama-jenama fesyen yang ternama.

5 orang pemain termahal yang pernah dibeli oleh Pep Guardiola semasa bertugas sebagai pengurus pasukan adalah Zlatan Ibrahimovic yang dibawa dari Inter Milan ke Barcelona, Riyad Mahrez dari Leicester City ke Manchester City, Aymeric Laporte dari Athletic Bilbao ke Manchester City, Benjamin Mendy dari AS Monaco ke Manchester City dan John Stones dari Everton ke Manchester City. Siapa pemain mahal yang akan dibeli oleh Pep Guardiola lepas ni agak-agak?

KATALAKI: Pep Guardiola lahir pada 18 Januari 1971. Tahun ni berumur 49 tahun.

Last modified: 12 February 2020