Punca Kenapa Takefusa Kubo Belum Layak Main Dengan Real Madrid

Aktif, Bola

Nama Takefusa Kubo mula berlegar-legar di udara selepas pemain kelahiran Jepun ni dibeli oleh kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Real Madrid daripada FC Tokyo. Tapi mungkin ada antara kita yang masih lagi belum betul-betul kenal siapa Takefusa Kubo. Jadi, mari kita tengok siapa sebenarnya Takefusa Kubo ni.

Baru-baru ni viral pasal video Takefusa Kubo yang berlatih dengan pemain-pemain ternama Real Madrid menjelang perlawanan pra-musim sebelum bermulanya musim terbaru La Liga.

Selepas viral pasal video Takefusa Kubo berlatih dengan pemain-pemain Real Madrid, keluar lagi satu video yang menunjukkan Takefusa Kubo selamba berborak dalam bahasa Sepanyol dan juga fasih bahasa Inggeris berborak dengan Eden Hazard.

Ramai gak yang terkejut bila tengok Takefusa Kubo fasih berbahasa Sepanyol. Sebenarnya Takefusa Kubo dah fasih bercakap dalam bahasa Sepanyol disebabkan pada tahun 2011, Takefusa Kubo terpilih untuk menyertai akademi bola sepak Barcelona yang dikenali sebagai La Masia ketika berumur 10 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 久保建英/Takefusa Kubo (@takefusa.kubo) on

4 tahun bakat Takefusa Kuba diasah oleh La Masia, pada tahun 2015 Takefusa Kubo kembali ke Jepun untuk bersama dengan pasukan remaja FC Tokyo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 久保建英/Takefusa Kubo (@takefusa.kubo) on

Pada tahun 2017, Takefusa Kubo merupakan penjaring gol paling muda di Liga J3 ketika beraksi bersama pasukan FC Tokyo bawah 23 tahun. Masa tu Takefusa Kubo berumur 15 tahun, 10 bulan dan 11 hari.

Selepas aksi Takefusa Kubo berlatih bersama dengan pemain-pemain ternama Real Madrid tersebar di media sosial, ramai yang mula menjangkakan Takefusa Kubo akan bermain bersama dengan pasukan utama Real Madrid yang diuruskan oleh Zinedine Zidane bila musim terbaru La Liga mula nanti. Tapi sebenarnya buat masa ni, Takefusa Kubo hanya akan bermain bersama dengan pasukan bawah 23 tahun Real Madrid yang dikenali sebagai Real Madrid Castilla.

Bukan sebab Takefusa Kuba tak cukup hebat untuk beraksi dengan pasukan utama Real Madrid. Tapi salah satu sebabnya, undang-undang La Liga hanya membenarkan 3 orang pemain bukan eropah (non-EU player) yang boleh didaftarkan sebagai pemain yang beraksi di La Liga untuk setiap pasukan.

Buat masa ni, ada 3 orang pemain yang mungkin akan didaftarkan sebagai non-EU player oleh Real Madrid iaitu Rodrygo, Γ‰der MilitΓ£o dan VinΓ­cius JΓΊnior. Melainkan salah seorang daripada 3 pemain ni dipinjamkan ke pasukan lain, baru lah ada slot kosong untuk Takefusa Kuba didaftarkan dalam pasukan utama Real Madrid untuk beraksi dalam La Liga.

Real Madrid ada gak pemain lain yang bukan berasal daripada negara Eropah antaranya Marcelo, Keylor Navas, Casemiro dan James Rodriguez. Tapi semua pemain ni dah pun berjaya dapat kerakyatan Sepanyol untuk beraksi bersama dengan Real Madrid tanpa menggunakan kuota non-EU player.

KATALAKI: Rasanya Real Madrid beli Takefusa Kubo pun untuk digilap menjadi pemain terbaik dulu sebelum diturunkan sebagai pemain utama Real Madrid.

Last modified: 19 July 2019