Punca Kewujudan Instagram Story Filter Yang Rare

Sembang

Mesti korang dah tahu dan dah perasan pasal Instagram Story filter terbaru yang boleh main game seakan-akan Flappy Bird tu betul? Korang dah tahu ke macam mana caranya kalau korang nak dapatkan Instagram Story filter macam ni?

Image Via : Thelaki

Untuk yang belum lagi tahu, korang pun boleh je guna filter tu kat Instagram korang sendiri. Caranya, hanya perlu follow pemilik dan pencipta filter tersebut, @dvoshansky di Instagram. Lepas tu, dah boleh main kelip-kelip mata macam orang lain gak.

Image Via : Instagram

Fuhhh, tiba-tiba je @dvoshansky ni dah ada lebih 1 juta followers. Semuanya berpunca daripada Instagram Story filter yang viral. Ni lah satu-satunya kenapa wujudnya Instagram Story filter yang rare. Untuk mempromosikan sesuatu jenama menggunakan Instagram Story filter. Siapa je yang tak excited kalau apa-apa yang berkenaan dengan Instagram Story filter, betul?

Image Via : Thelaki

Sebelum ni, Adidas, Gucci, Off-White dan Disney pun pernah gak buat Instagram Story filter yang tersendiri untuk kegunaan orang ramai. Cara nak dapatkan filter ni senang je, follow akaun Instagram dorang. Korang pernah terfikir kenapa ada gak orang biasa yang boleh buat filter tersendiri?

Image Via : Instagram

Image Via : Thelaki

Punca Kewujudan

Kalau sebelum ni korang pernah dengar pasal AR atau Augmented Reality, Instagram Story filter yang korang selalu gunakan tu merupakan contoh terbaik teknologi yang menggunakan kecanggihan AR. Yang tak berapa faham lagi pasal beza AR dan VR, boleh baca kat sini.

Image Via : Thelaki

Kemunculan Instagram Story filter yang tersendiri dan lain daripada yang lain ni sebenarnya bukan datang daripada Instagram sendiri pun. Sebab tu korang kena follow pemilik filter tu dulu baru dapat filter yang korang nak tu. Memang pemilik filter tersebut yang cipta filter tu sendiri.

Image Via : Thelaki

Macam mana dorang buat filter sendiri? Ini semua menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Facebook, Spark AR Studio.

Tapi bukan semua orang senang-senang je boleh gunakan Spark AR Studio untuk buat filter sendiri. Korang kena mohon untuk sertai Instagram Closed Beta Program dulu dan kalau dah diluluskan oleh Instagram, baru la korang boleh publish filter korang sendiri untuk kegunaan orang ramai. Tapi kalau korang nak cuba je dulu untuk buat filter sendiri tanpa memohon untuk sertai Instagram Closed Beta Program tu pun boleh. Pergi je kat laman web Spark AR Studio okeh!

KATALAKI: Confirmed la lepas ni bersepah filter yang pelik-pelik akan muncul. Tapi seronok gak tengok filter yang kreatif.

Last modified: 29 May 2019