Punca Perlis Dibatalkan Dalam Liga Premier

Aktif, Bola

Takde siapa pun yang happy dengan berita pembatalan pasukan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 yang diumumkan oleh Malaysian Footbal League (MFL) baru-baru ni. Peminat bola sepak tempatan tak kisah la peminat JDT ke Selangor ke atau pun Negeri Sembilan tentunya sedih dengan nasib salah satu pasukan bola sepak negara kita yang tak dibenarkan bersaing dalam Liga Premier.

Pembatalan ni dibuat bukan suka-suka je. Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Premier selepas meneliti dokumen dan status kewangan pasukan Perlis yang kekurangan sumber pendapatan untuk menguruskan pasukan sepanjang musim.

Semuanya bermula selepas Utusan Online keluarkan berita pasal gaji pemain dan staff Persatuan Bola Sepak Perlis masih lagi belum dapat gaji pada 15 Januari 2019.

Sumber: www.utusan.com.my

Tak lama lepas tu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mendedahkan kepada orang ramai melalui BH Online pada 19 Januari 2019 yang Perlis hilang 4 penaja disebabkan isu tunggakan gaji.

Sumber: www.bharian.com.my

Lepas penyertaan Perlis dibatalkan, ramai gak pemain-pemain Perlis yang chow cari pasukan baru. Pada 20 Februari hari tu, MFL dah setuju untuk melanjutkan tempoh pendaftaran pemain selama 30 hari untuk pemain-pemain Perlis cari pasukan baru. Jendela perpindahan pemain Liga Malaysia sepatutnya ditutup pada 20 Februari 2019. Setakat 26 Februari, ni pemain-pemain yang dah pun angkat kaki dari Perlis dan join pasukan baru.

Safee Sali – PJ City FC

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SuperSafee 10 (@supersafee_10) on

Badhri Radzi (Piya) – TBC

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Badhri Radzi (@captain_piya16) on

Khyril Muhymeen – Selangor

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Selangor (@faselangormy) on

KATALAKI: Korang ingat lagi tak Perlis pernah bersaing dengan JDT untuk pancing Akhyar Rashid join Perlis?

Last modified: 28 February 2019