Punca Tercetusnya Ysuku Shuib

Sembang

Rasanya semua pun dah tahu pasal peperangan antara Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah mengenai motor Y15ZR atau popular dengan gelaran Ysuku. Kali pertama Shuib post pasal Ysuku di Instagram untuk pujuk Siti Sarah beli motor Ysuku ialah pada 23 Mei 2019.

Fuhh. Motor boleh mengeratkan lagi kasih sayang eh. Kami sempat untuk berjumpa sendiri dengan Shuib untuk tanyakan pasal Ysuku yang menjadi kegilaan Shuib sekarang ni. Ini jawapan yang kami dapat.

Punca Kenapa Shuib Beli Ysuku

Image Via : Thelaki

Kali pertama Shuib terdetik untuk beli motor Ysuku berpunca daripada plate number sebenarnya. Sebelum ni Shuib ada sebuah motor yang jarang sekali digunakan. Motor tersebut dibeli sebab nak beli plate number yang digunakan untuk kereta Shuib sekarang ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Semuanya bermula apabila ada seorang follower di Instagram yang DM Shuib, hantar gambar kat Shuib bersama dengan sebuah motor Ysuku parking sebelah kereta Shuib. Yang menariknya, plate number motor tersebut berjaya menambat hati Shuib. Kesudahannya, motor Ysuku tersebut dibeli oleh Shuib daripada follower yang DM di Instagram.

Ysuku Bunga-Bunga

Walaupun Shuib cuba pujuk Siti Sarah untuk beli motor Ysuku pada awalnya, tapi sebenarnya Shuib dah beli dulu dah motor Ysuku tanpa pengetahuan Siti Sarah. Shuib beli semasa Siti Sarah outstation ke Singapura. Bila Siti Sarah dah dapat tahu motor dah dibeli dan dah ada tersimpan kat rumah, Siti Sarah dapat satu idea untuk boom kan lagi motor Ysuku Shuib memandangkan Ysuku Shuib ni dah mula viral.

Idea tersebut ialah jadikan motor Ysuku Shuib berbunga-bunga tanpa pengetahuan Shuib. Siap ada video penuh semasa proses membungakan motor Ysuku Shuib tu. Korang boleh usha kat YouTube Shuib Channel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Diberi Notis oleh JPJ

Ya betul. Shuib diberi notis oleh JPJ supaya menghantar motor untuk pemeriksaan lanjut oleh JPJ selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai motor Ysuku yang diubah suai oleh Shuib. Menurut Shuib, ini bermakna walaupun Shuib seorang selebriti, kalau ada kesalahan yang dilakukan tetap akan dikenakan tindakan.

Apa Yang Cuba Dibuktikan Oleh Shuib Melalui Motor Ysuku

Image Via : Thelaki

Bila sebut pasal budak motor je ramai yang anggap dorang ni mat rempit dan gangster jalanan. Menurut Shuib, ini salah satu cara untuk buktikan yang peminat motor tak semestinya mat rempit atau pun gangster jalanan.

Image Via : Thelaki

Minat motor boleh dikira satu hobi yang gila dan pelik. Kenapa gila dan pelik? Kata Shuib, semenjak dah ada motor Ysuku ni, sehari kalau tak tatap motor Ysuku tu boleh jadi tak tentu arah.

Image Via : Thelaki

Walaupun tak bawa motor Ysuku tu keluar ke mana-mana, tapi dapat tengok dan tenung kat depan rumah pun dah puas hati. Tu lah yang berlaku kepada Shuib sekarang ni.

Image Via : Thelaki

Shuib juga cuba untuk jadi contoh kepada peminat motor yang lain untuk sentiasa beradab menggunakan motor, kalau ride pun dalam keadaan yang selamat dan kalau nak buat pengubahsuaian motor pun mengikut cara yang selamat.

KATALAKI: Garang gak motor Ysuku Shuib ni dah siap. Tapi bunga ros tu kenapa?

Last modified: 31 July 2019